Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes EQS 500 4MATIC (2023) Versi CKD Masuk Pasaran Mac Ini, Harga RM648k!
Roda4

Mercedes EQS 500 4MATIC (2023) Versi CKD Masuk Pasaran Mac Ini, Harga RM648k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) adalah antara pengeluar kenderaan yang aktif mempelbagaikan tawaran model kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, terutama siri EQ.

Siri EQ di pasaran menampilkan tiga model kenderaan utiliti sukan (SUV), iaitu EQA SUV, EQB SUV dan EQC SUV. Varian sedan elektrik pula terdiri daripada EQE Saloon dan EQS Saloon.

BACA >>> MBM Lancar Sedan Elektrik Mercedes EQE 350+ (2022), Harga Mula RM419k!
BACA >>> Mercedes-Maybach S-Class 580 (2022) Tiba di Malaysia, Harga RM1.9j!

EQ VERSI CKD PERTAMA MALAYSIA

Terbaharu, MBM melancarkan EV sedan terbaharu, iaitu Mercedes EQS 500 4MATIC (2023) di kilang pemasangan di Pekan, Pahang.

Model itu ialah EV pertama EQ versi pemasangan tempatan (CKD) yang bakal memasuki pasaran pertengahan Mac ini. Harga atas jalan disyorkan RM648,888, iaitu harga dengan sifar cukai jualan, tetapi belum dikira insurans.

APA SEBENARNYA MERCEDES EQS 500 4MATIC?

Mercedes EQS ialah model sedan mewah elektrik penuh Mercedes-EQ yang dibina berasaskan arkitektur modular untuk segmen EV mewah.

Mercedes EQS 500 4MATIC (2023) ialah EV mewah pertama buatan tempatan yang menggabungkan elemen kemewahan, teknologi, rekabentuk anggun, fungsi dan konektiviti khas untuk pemandu dan penumpang.

Rekabentuknya mirip coupe, tetapi dengan imej lebih maskular dan berkarakter sedan mewah berinovasi. Setakat ini, cuma satu varian Mercedes CKD EQS 500 4MATIC (2023) ditawarkan kepada pelanggan Malaysia.

TRENKUASA LEBIH BERKUASA

Mercedes EQS 500 4MATIC (2023) dilengkapi dua unit motor elektrik berkuasa 330kW (449hp) dan tork 828Nm. Pecutan 0-100kmj sepantas 4.8 saat, manakala kelajuan maksimum 210kmj.

Setiap cas bateri penuh mampu mencapai jarak pemanduan antara 580km dan 696km, mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).

REKABENTUK EQS 500 4MATIC

Mercedes-EQ mengetengahkan rekabentuk Electric Art yang menekankan bentuk badan progresif dengan trim krom dan rim aloi 20 inci ringan.

Menggunakan gril ikonik Mercedes-Benz dan bumbung panoramik jenis gelangsar yang membolehkan sumber cahaya asli menerangi kabin.

Lampu utama Digital Light dengan ciri Bantuan Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHBA), manakala lampu belakang jenis terpisah bersambung dengan jalur lampu untuk paparan karakter siri Mercedes-EQ.

Rekabentuk Mercedes EQS 500 4MATIC (2023) bukan hanya hiasan, tetapi menambah baik aerodinamik dengan data  seretan (Cd) 0.20. Menurut MBM, EQS ialah kenderaan pengeluaran paling aerodinamik dunia.

KABIN EQS 500 4MATIC

Ruang dalaman dengan skema Electric Art menggunakan material dan hasil kerja berkualiti tinggi. Juga dilengkapi pencahayan signatur, lampu ambien Mercedes-Benz, kerusi Comfort dengan karpet velor.

Pelapik bumbung jenis fabrik hitam, manakala stereng multi-info dibalut kulit Nappa dengan kemasan galvani (galvanised) termasuk pedal syif.

Skrin unit infotainmen MBUX Hyperscreen disediakan ciri standard menerusi panel skrin kaca dengan tiga paparan.

Skrin tersebut dimuatkan sistem multimedia MBUX dan teknologi OLED untuk paparan tengah dan paparan penumpang.

Juga ada pengimbas cap jari di bawah konsol tengah yang menyimpan tetapan peribadi dan data seperti destinasi pemanduan terkini, termasuk alamat.

Dilengkapi integrasi telefon pintar dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?

KAEDAH CAS BATERI

Ada dua pilihan disediakan iaitu arus ulang alik (AC) dan arus terus  (DC) untuk cas pantas. Pengecasan DC (200kW) hanya mengambil masa 31 minit untuk meningkatkan kuasa bateri daripada 10 peratus kepada 80 peratus.

Pengecasan AC (11 kW) di stesen cas awam atau Mercedes-Benz Wallbox pula mengambil masa 10 jam untuk meningkatkan kapasiti bateri 10 peratus kepada 100 peratus.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Titik Buta Lori?

PAKEJ BANTUAN PEMANDUAN

Mercedes EQS 500 4MATIC (2023) didatangkan dengan:

Pakej Bantuan Tambahan Pemanduan yang merangkumi Active Distance Assist DISTRONIC, lanjutan automatik Re-start ketika dalam kesesakan trafik, Bantuan Kekal Lorong Aktif, Bantuan Stereng Aktif, Sokongan Mengelak Pengendalian, Dorongan Sisi PRE-SAGE dan sensor belakang untuk Bantuan Keluar Lorong.

Pakej URBAN GUARD pula memberi ketenangan kepada pemandu selepas parkir kenderaan. Ia termasuk sistem penggera anti-kecurian dengan ciri sisyem pemantauan dalaman yang boleh diakses menerusi aplikasi Mercedes me.

Juga dilengkapi kamera 360º dan Bantuan Parkir Aktif (APA) yang membolehkan pemandu melihat jelas kawasan sekeliling ketika meletakkan kenderaan.

Ada pancaran logo jenama Mercedes-Benz di sisi pintu kereta yang dibuka.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBM, Sagree Sardien berkata;

Mercedes-Benz mencapai titik kejayaan dengan pengeluaran kenderaan elektrik EQS 500 4MATIC. Ini menyokong strategi bisnes global kami untuk menawarkan rangkaian penuh EQ kepada pelanggan yang menyumbang kepada penerimaan EV lebih tinggi di Malaysia.”

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

BACA >>> #Perbandingan: Perodua Axia AV (2023) vs Axia AV (2019), Siapa Lagi Ngam?
BACA >>> Tiada Lagi 4-EAT, Perodua Axia (2023) Guna Transmisi D-CVT, Apa yang Bagus?
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Benarkah Parkir Stereng Belok Boleh Rosakkan Tayar?

Electric Art Kenderaan Elektrik (EV) Mercedes EQS 500 4MATIC (2023) Mercedes EQS 500 4MATIC (CKD) Mercedes-Benz Malaysia (MBM) Roda4 sedan elektrik Mercedes Benz buatan Malaysia WLTP
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Urus SE Performante, Lagi Ringan, Super SUV Paling Pantas di dunia!

    01/07/2026
    Roda4

    Suzuki e VITARA Rasmi Di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Bermula RM188,000

    01/07/2026
    Roda4

    BMW X5 2027 Tampil Dengan Rekaan Neue Klasse, Lima Pilihan Trenkuasa dan Kabin Futuristik

    01/07/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    By Abang Hirata30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.