Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-Benz GLB – SUV Kompak Mewah yang Direka untuk Saingi Trend Global
Roda4

Mercedes-Benz GLB – SUV Kompak Mewah yang Direka untuk Saingi Trend Global

Abang HirataBy Abang Hirata15/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEJAK beberapa tahun lalu Mercedes-Benz mencorakkan semula barisan model kenderaan kepada pengguna. Sebelum ini, pengeluar dari Jerman itu cuma menampilkan konsep konservatif dan kekal dengan formula sama saja, tetapi kini segalanya sudah berubah.

Barisan model baharu kini dirombak semula dan diremajakan, tetapi pada masa sama masih mengekalkan DNA Mercedes-Benz yang klasik dan moden. Lihatlah model baharu jenama itu, anda pasti dapat merasai elemen moden yang diadun bersama gaya klasik.

BACA >>> 3 SUV Mercedes-AMG G-Class Kini di Malaysia – Harga Bermula RM916k

Istilah yang sesuai, ‘Mercedes-Benz untuk semua’! Menariknya, pegangan ini biasa diamalkan pengeluar massa, tetapi siapa sangka Mercedes-Benz mampu melakukannya. Sama ada anda anak muda berusia 20-an, atau ibu yang menghantar anak ke sekolah, atau orang kenamaan industri, pasti ada satu model Mercedes-Benz sesuai buat anda.

GLB – SUV KOMPAK YANG MEWAH

Terkini, Mercedes-Benz memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV), GLB, iaitu siri terbaharu daripada famili B. Walaupun daripada keluarga kompak, saiz model ini berada dalam SUV segmen-C dengan panjang 4,634 mm, lebar 1,834mm dan tinggi 1,658mm.

Berdasarkan saiz itu, GLB lebih besar berbanding Honda CR-V generasi kelima (panjang 4,587 mm, lebar 1,854 mm dan tinggi 1,689mm).  Jarak roda GLB ialah 2,829mm, manakala CR-V pula 2,659mm. Dari segi kapasiti but, GLB menawarkan keluasan 650 liter hingga 1,755 liter, manakala CR-V 522 liter hingga 1084 liter.

Saiz besar ini membolehkan Mercedes-Benz memuatkan dua barisan kerusi di bahagian penumpang.

Dari segi luaran, halatuju SUV Mercedes-Benz ini lebih kepada bentuk berkotak bercirikan malar segar, berbanding model kompak dan sedan yang cenderung kepada sensual dan moden. Gaya GLB lebih kepada jip yang popular beberapa dekad lalu, berbanding SUV yang trendy masa kini.

Pemilihan trenkuasa yang dibuat menggambarkan keprihatinan Mercedes-Benz terhadap penggunaan bahan api dan alam sekitar. Tiada enjin besar untuk GLB, cuma empat varian enjin ditawarkan:

  • M 282 1.3L – 163hp, 250Nm
  • M 260 2.0L – 224hp, 350Nm
  • OM 654q 2.0L Diesel – 150hp, 320Nm | 190hp, 400Nm

Transmisi pula ada dua opsyen: 7G-DCT (GLB200 sahaja) dan 8G-DCT. Mercedes-Benz memasarkan SUV ini dalam lima varian iaitu:

  • GLB200
  • GLB250
  • GLB 200 d
  • GLB 200d 4Matic
  • GLB 220d 4 Matic

Setakat ini GLB akan dikilangkan di dua negara, Mexico dan China dengan jualan dan penyerahan kepada pelanggan akan bermula beberapa bulan lagi. Di Jerman, iaitu negara asal jenama ini, GLB akan dihantar ke pusat jualan pada penghujung tahun ini.

SUV dan model kompak penting buat Mercedes-Benz berdasarkan angka jualan 1/3 model ialah SUV, dan 1/4 ialah model kompak. Mercedes-Benz kini mempunyai 7 model kompak famili: GLB, A-Class, A-Class Saloon, B-Class, CLA Coupé, CLA Shooting Brake dan GLA.

BACA >>> Mercedes-Benz V-Class (2019) – ‘Toyota Vellfire’ untuk Famili Eropah

GALERI
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mercedes-benz Mercedes-Benz GLB Roda4 SUV SUV mewah SUV Segmen-C
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.