• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Jenama / Mercedes Benz / Mercedes-Benz GLB – SUV Kompak Mewah yang Direka untuk Saingi Trend Global

Mercedes-Benz GLB - SUV Kompak Mewah yang Direka untuk Saingi Trend Global

June 15, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SEJAK beberapa tahun lalu Mercedes-Benz mencorakkan semula barisan model kenderaan kepada pengguna. Sebelum ini, pengeluar dari Jerman itu cuma menampilkan konsep konservatif dan kekal dengan formula sama saja, tetapi kini segalanya sudah berubah.

Barisan model baharu kini dirombak semula dan diremajakan, tetapi pada masa sama masih mengekalkan DNA Mercedes-Benz yang klasik dan moden. Lihatlah model baharu jenama itu, anda pasti dapat merasai elemen moden yang diadun bersama gaya klasik.

BACA >>> 3 SUV Mercedes-AMG G-Class Kini di Malaysia - Harga Bermula RM916k

Istilah yang sesuai, 'Mercedes-Benz untuk semua'! Menariknya, pegangan ini biasa diamalkan pengeluar massa, tetapi siapa sangka Mercedes-Benz mampu melakukannya. Sama ada anda anak muda berusia 20-an, atau ibu yang menghantar anak ke sekolah, atau orang kenamaan industri, pasti ada satu model Mercedes-Benz sesuai buat anda.

GLB - SUV KOMPAK YANG MEWAH

Terkini, Mercedes-Benz memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV), GLB, iaitu siri terbaharu daripada famili B. Walaupun daripada keluarga kompak, saiz model ini berada dalam SUV segmen-C dengan panjang 4,634 mm, lebar 1,834mm dan tinggi 1,658mm.

Berdasarkan saiz itu, GLB lebih besar berbanding Honda CR-V generasi kelima (panjang 4,587 mm, lebar 1,854 mm dan tinggi 1,689mm).  Jarak roda GLB ialah 2,829mm, manakala CR-V pula 2,659mm. Dari segi kapasiti but, GLB menawarkan keluasan 650 liter hingga 1,755 liter, manakala CR-V 522 liter hingga 1084 liter.

Saiz besar ini membolehkan Mercedes-Benz memuatkan dua barisan kerusi di bahagian penumpang.

Dari segi luaran, halatuju SUV Mercedes-Benz ini lebih kepada bentuk berkotak bercirikan malar segar, berbanding model kompak dan sedan yang cenderung kepada sensual dan moden. Gaya GLB lebih kepada jip yang popular beberapa dekad lalu, berbanding SUV yang trendy masa kini.

Mercedes-Benz GLB.09
Mercedes-Benz GLB.10
Mercedes-Benz GLB.08

Pemilihan trenkuasa yang dibuat menggambarkan keprihatinan Mercedes-Benz terhadap penggunaan bahan api dan alam sekitar. Tiada enjin besar untuk GLB, cuma empat varian enjin ditawarkan:

  • M 282 1.3L - 163hp, 250Nm
  • M 260 2.0L - 224hp, 350Nm
  • OM 654q 2.0L Diesel - 150hp, 320Nm | 190hp, 400Nm

Transmisi pula ada dua opsyen: 7G-DCT (GLB200 sahaja) dan 8G-DCT. Mercedes-Benz memasarkan SUV ini dalam lima varian iaitu:

  • GLB200
  • GLB250
  • GLB 200 d
  • GLB 200d 4Matic
  • GLB 220d 4 Matic

Setakat ini GLB akan dikilangkan di dua negara, Mexico dan China dengan jualan dan penyerahan kepada pelanggan akan bermula beberapa bulan lagi. Di Jerman, iaitu negara asal jenama ini, GLB akan dihantar ke pusat jualan pada penghujung tahun ini.

SUV dan model kompak penting buat Mercedes-Benz berdasarkan angka jualan 1/3 model ialah SUV, dan 1/4 ialah model kompak. Mercedes-Benz kini mempunyai 7 model kompak famili: GLB, A-Class, A-Class Saloon, B-Class, CLA Coupé, CLA Shooting Brake dan GLA.

BACA >>> Mercedes-Benz V-Class (2019) - 'Toyota Vellfire' untuk Famili Eropah

GALERI
FacebookTwitter

Filed Under: Mercedes Benz, Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mercedes-benz, Mercedes-Benz GLB, Roda4, SUV, SUV mewah, SUV Segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my