Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-AMG C 63 S E Performance F1 Edition Masuk Malaysia, Harga RM958k!
Roda4

Mercedes-AMG C 63 S E Performance F1 Edition Masuk Malaysia, Harga RM958k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) membawa masuk model sport antara terpantas dunia, Mercedes-AMG C 63 S E Performance F1 Edition ke pasaran Malaysia pada harga RM958,888, tidak termasuk insurans.

Menarik mengenai kereta patuh regulasi jalan raya awam itu ialah teknologi canggih yang lahir daripada kejuaraan Formula Satu (F1) yang juga model hibrid.

APA ANDA PERLU TAHU?

  • Menggunakan trenkuasa 4-silinder yang didakwa paling berkuasa dunia (kategori pengeluaran) berkapasiti 2.0L dengan pengecas turbo dipasang secara memanjang (longitudinal).
  • Ada motor elektrik dwi-kelajuan dipasang pada gandar belakang sebagai sokongan kuasa kepada enjin petrol.
  • Hantaran kuasa dan tork dapat dihasilkan hampir serta-merta tanpa lengah, sama seperti jentera F1.

  • Sistem elektrik menyokong pengecas turbo gas ekzos untuk menghapuskan jeda turbo dari enjin pembakaran dalaman.
  • Pada masa sama, sistem pacuan elektrik memberi desakan bertenaga dari situasi pegun.
  • Trenkuasa elektrik dan bateri prestasi tinggi 400V disifatkan sebagai eksklusif AMG kerana dihasilkan sendiri (in-house).
  • Bateri sama seperti di F1, direka untuk output kuasa pantas.
  • Kombinasi enjin dan motor elektrik menghasilkan output kuasa 680hp dan tork 1,020Nm.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 3.4 saat
  • Kelajuan maksimum dihadkan kepada 280kmj.
  • Pembangunan sistem simpanan dan bateri litium-ion prestasi tinggi diilhamkan daripada teknologi jentera lumba hibrid pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 Team Formula 1.
  • Pek bateri berkapasiti 6.1kWh dengan kuasa berterusan 70kW dan output puncak 150kW selama 10 saat.
  • Pengecasan bateri boleh dibuat menggunakan pengecas AC 3.7kW (on-board) di stesen pengecas, dan wallbox atau soket rumah.
  • Tempat mengecas dipasang di sisi belakang kiri, manakala tempat isian petrol di sebelah kanan.
  • Menggunakan suspensi AMG Ride Control dengan Sistem Damper Adaptif.
  • Ada lapan mod pandu AMG Dynamic Select: Electric, Comfort, Battery Hold, Sport, Sport+, RACE, Slippery dan Individual.

LUARAN

  • Hadir eksklusif dengan dekal Formula 1 Edition.
  • Warna badan kelabu Manufaktur Alpine Grey Solid dengan lencana AMG besar di sisi kereta.
  • Strip merah ditambah di depan, sisi dan belakang.
  • Rim aloi AMG 20 inci 10 jejari diwarnakan hitam kusam dengan kaliper brek merah.
  • Ada pakej kit badan AMG Aerodynamics Package berwarna hitam. Tambahan lain ialah pakej AMG Night Package.

DALAMAN

  • Kerusi AMG Performance generasi baharu, berasaskan  kulit Nappa hitam dengan sulaman benang merah.
  • Tali keledar merah dengan kemasan gentian karbon AMG.
  • Stereng AMG Performance dengan material Nappa dan mikrofiber Microcut, juga ada jahitan benang merah.
  • Pintu AMG dengan teks AMG bercahaya. 
  • Lencana F1 Edition dalam kabin, karpet kaki  F1 Edition dan logo F1.
  • Unit infotainmen MBUX dengan MBUX Navigation Premium, navigasi cakera keras, navigasi AR MBUX.
  • Dwi-skrin LCD 12.3 inci untuk pemandu dan skrin 11.9 inci di tengah papan pemuka.
  • Tambahan lain ialah AMG Track Pace dan AMG Real Performance Sound.
autoterkini Kereta Sport Mercedes-AMG Mercedes-AMG C 63 S E Performance F1 Edition Mercedes-Benz Malaysia (MBM) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    13/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Roda4

    Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

    By Shazwan Hisam13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.