Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-AMG C 63 S E Performance 2.0L Hybrid (2023), Enjin 4-Silinder Terkuat Dunia!
Roda4

Mercedes-AMG C 63 S E Performance 2.0L Hybrid (2023), Enjin 4-Silinder Terkuat Dunia!

Abang HirataBy Abang Hirata26/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-AMG C 63 S E PERFORMANCE
ialah model sarat teknologi canggih dengan rekabentuk tenang yang tidak menggambarkan pelbagai teknologi dibawa seperti trenkuasa, pengendalian dan pengaruh Formula Satu (F1).

Paling mudah menggambarkan kereta ini ialah kuasa kuda setinggi 680hp dan tork 1,020Nm yang dihamburkan daripada enjin 4-silinder 2.0L pengecas turbo dengan gabungan motor elektrik.

Menurut Mercedes, trenkuasa digunakan adalah enjin 4-silinder paling berkuasa di dunia dengan daya pecutan setanding liga supercar walapun seberat lebih 2.1 tan.

Terlalu banyak mahu diceritakan mengenai sedan ini yang mana perihal trenkuasa saja boleh dibuat buku untuk ditelaah. Boleh dikatakan Mercedes-AMG C 63 S terbaharu ini adalah pencapaian unggul dalam dunia kejuruteraan automotif.

Enjin AMG 2.0L Pengecas Turbo Bantuan Elektrik
  • Enjin M139l AMG 2.0L (1,991cc) dengan huruf ‘L’ bermaksud pemasangan secara longitud (menegak).
  • Enjin 4-silinder berkuasa 476hp @ 6,725rpm, yang juga enjin 4-silinder massa paling berkuasa dunia.
  • Tork maksimum 545Nm @ 5,250-5,500 rpm.
  • Enjin massa pertama dunia yang menggunakan pengecas turbo gas ekzos elektrik yang diambil daripada teknologi digunakan pasukan Mercedes-AMG Petronas F1.
  • Sokongan elektrik pada pengecas turbo ekzos menghapuskan masalah jeda turbo pada enjin, manakala pacuan elektrik membantu melonjakkan kereta dari posisi pegun.
  • Saiz pengecas turbo lebih besar daripada C 43 4MATIC dan SL 43 dengan kadar aliran angin lebih tinggi dan berkuasa.
  • Pecutan 0-100km sepantas 3.4 saat. Kelajuan maksimum dihadkan 250kmj atau pilihan 280kmj (saloon) 270kmj (estate).
  • Transmisi AMG Speedshift MCT 9G (Mult-Clutch Transmission).
  • Gandar belakang aktif dengan stereng (rear-axle steering).
  • Sistem pacuan semua roda variabel penuh AMG Performance 4MATIC+ dengan fungsi Drift Mode.
  • Mod pandu AMG DYNAMIC SELECT: Electric, Comfort, Battery Hold, Sport, Sport+, RACE, Slippery dan Individual.
Trenkuasa Elektrik 204hp, Jarak Pandu 13km

  • Trenkuasa kuasa elektrik dan bateri prestasi tinggi dibangunkan AMG secara dalaman.
  • Motor elektrik 150kW (204hp) dan tork 320Nm.
  • Motor elektrik bersepadu dikuasakan sistem 400V berbanding 48V pada model C 43 4MATIC dan SL 43
  • Kapasiti bateri 6.1kWj dengan output berterusan 70kW dan output puncak 150kW untuk 10 saat, manakala berat hanya 89kg.
  • Menggunakan pengecas arus ulang-alik (AC) 3.7 kW.
  • Bateri direka untuk kuasa pantas dan bukan jarak jauh.
  • Jarak pemanduan elektrik 13km.
  • Generator penghidup digerakkan tali sawat dengan alternator dan penghidup disatukan dalam satu komponen.
  • Motor elektrik 2-kelajuan dipasang pada gandar belakang.
Saiz Lebih Besar daripada Mercedes-Benz C-Class
  • Nampak sama, tetapi kedua-dua model Saloon (sedan) dan Estate (wagon) lebih besar berbanding C-Class asal.
  • Bahagian depan 50mm lebih panjang dengan sayap lebih lebar.
  • Dimensi panjang Saloon dan Estate bertambah 83mm berbanding C-Class.
  • Trek gandar depan 76mm lebih lebar dan jarak roda bertambah 10mm.
  • Logo AMG menggantikan logo bintang Mercedes.

Sebagai rujukan, Mercedes-AMG C 63 S terbaharu ini menggantikan model terdahulu yang dijana enjin 4.0L V8 berkuasa 500hp dan tork 700Nm.

Perlu dinyatakan, jika dibawa masuk ke pasaran tempatan, cukai jalan model terbaru ini dengan enjin 2.0L pastinya jauh lebih rendah!

BACA >>> Mercedes-AMG GT Black Series dengan DNA Jentera Lumba, RM1.8 Juta!
BACA >>> Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé (1955) Ini Dijual RM630j!

Mercedes-AMG C 63 S E PERFORMANCE Saloon
Mercedes-AMG C 63 S E PERFORMANCE Estate
AMG Mercedes-AMG Mercedes-AMG C 63 Mercedes-AMG C 63 S E PERFORMANCE Mercedes-benz Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Perodua QV-E Kini Sudah Ada Di Borneo

    30/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    30/06/2026
    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.