Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri: Prototaip Projek Kereta Nasional Ketiga Akan Guna Geran R&D Kerajaan
Auto Terkini

Menteri: Prototaip Projek Kereta Nasional Ketiga Akan Guna Geran R&D Kerajaan

Han OthmanBy Han Othman08/12/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENTERI Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dipetik BHarian berkata, Kerajaan akan menyalurkan sejumlah peruntukan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam membangunkan prototaip Projek Kereta Nasional Baharu (PKNB).

Mohd Redzuan berkata, peruntukan itu akan menggunakan geran R&D Kerajaan yang sudah pun diluluskan dan akan diumumkan sendiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah peruntukan tersebut.

BACA >>> MIGHT Dapat Mandat Kerajaan, Projek Kereta Nasional Ketiga Sah Dilaksana

“Biar Perdana Menteri umumkan mengenai dana geran ini, ia (jumlahnya) agak besar dan cukup untuk jadi pemangkin bagi menarik penyertaan swasta dalam syarikat tujuan khas (SPV) yang kami akan tubuhkan bagi meraih modal permulaan untuk merangsang (perkembangan) projek kereta nasional ketiga ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan seminar ‘Membuka Potensi PKS’ di bangunan Bursa Malaysia, di ibu kota, Khamis lalu yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini berkata, prototaip kereta nasional baharu itu dijangka dapat dikongsikan kepada umum seawal tahun depan. Malah, sudah dibincangkan di peringkat Majlis Pembangunan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri.

BACA >>> PM ke Jepun – Toyota, Nissan Akan Jalin Kerjasama untuk Projek Kereta Nasional 3.0?

Menurut Mohd Redzuan lagi, sektor swasta menunjukkan minat memberangsangkan terhadap PKNB dan mahukan industri automotif tempatan berkembang lebih pesat.

“Anda dapat menilai pembabitan sektor swasta yang mahu turut serta dalam projek kereta nasional ketiga ini,” katanya.


KOMEN

Dalam berita terdahulu, Putrajaya ada menafikan akan menggunakan sebarang dana Kerajaan untuk PKNB. Namun, kenyataan terbaharu ini menyatakan sebaliknya. Jadi setakat ini, ya, PKNB memang akan guna geran (baca: dana) Kerajaan, cuma tidak diketahui berapakah jumlahnya, sama ada jutaan atau berbilion ringgit.

Seperti kita sedia maklum Kerajaan memang benar-benar serius mahu menjayakan PKNB. Jika dilaksanakan, ini ialah projek mega pertama dilancarkan Kerajaan baharu di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Ramai pemerhati automotif berpendapat PKNB tidak sesuai dilaksanakan dengan mengambil kira pasaran automotif tempatan yang belum cukup besar dan kompetitif. Malah, negara sudah ada ada dua jenama nasional, Perodua dan Proton, termasuk turut memberikan insentif pemasangan tempatan (CKD) dan kenderaan cekap tenaga (EEV) yang membolehkan jenama bukan nasional bersaing secara sihat dalam pasaran automotif negara.

Namun, tidak kurang juga bersetuju kerana berpendapat projek itu akan membuka peluang ekonomi dan melahirkan vendor tempatan tahap global.

BACA >>> VinFast – Kereta Nasional Vietnam, dan Siapa di Sebalik Pengeluar Automotif Itu?

Apapun, perkara paling membimbangkan ialah status PKNB sebagai projek pasaran terbuka yang menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat Malaysia untuk menentukan jatuh bangun jenama itu. Adakah kereta itu nanti akan menepati cita rasa? Berapakah pula harga ditawarkan?

Tiada siapa boleh memaksa kita membeli apa yang kita tidak mahu beli, dan masa akan menentukan.

Auto Terkini Kereta Nasional 3.0 New National Car Project (NNCP) PKNB Projek Kereta Nasional Baharu (PKNB) Roda4 Tun Dr. Mahathir Mohamad
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

13/06/2026
Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

12/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

12/06/2026

1 Comment

  1. Amran on 10/12/2018 09:27

    Bukankh xda peruntukan dlm belanjawan 2019? Mcm mana boleh ada?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.