• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Prototaip Projek Kereta Nasional Ketiga Akan Guna Geran R&D Kerajaan

Menteri: Prototaip Projek Kereta Nasional Ketiga Akan Guna Geran R&D Kerajaan

December 8, 2018 By AO 1 Comment

381
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENTERI Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dipetik BHarian berkata, Kerajaan akan menyalurkan sejumlah peruntukan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam membangunkan prototaip Projek Kereta Nasional Baharu (PKNB).

Mohd Redzuan berkata, peruntukan itu akan menggunakan geran R&D Kerajaan yang sudah pun diluluskan dan akan diumumkan sendiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah peruntukan tersebut.

BACA >>> MIGHT Dapat Mandat Kerajaan, Projek Kereta Nasional Ketiga Sah Dilaksana

"Biar Perdana Menteri umumkan mengenai dana geran ini, ia (jumlahnya) agak besar dan cukup untuk jadi pemangkin bagi menarik penyertaan swasta dalam syarikat tujuan khas (SPV) yang kami akan tubuhkan bagi meraih modal permulaan untuk merangsang (perkembangan) projek kereta nasional ketiga ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan seminar 'Membuka Potensi PKS' di bangunan Bursa Malaysia, di ibu kota, Khamis lalu yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini berkata, prototaip kereta nasional baharu itu dijangka dapat dikongsikan kepada umum seawal tahun depan. Malah, sudah dibincangkan di peringkat Majlis Pembangunan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri.

BACA >>> PM ke Jepun - Toyota, Nissan Akan Jalin Kerjasama untuk Projek Kereta Nasional 3.0?

Menurut Mohd Redzuan lagi, sektor swasta menunjukkan minat memberangsangkan terhadap PKNB dan mahukan industri automotif tempatan berkembang lebih pesat.

“Anda dapat menilai pembabitan sektor swasta yang mahu turut serta dalam projek kereta nasional ketiga ini,” katanya.


KOMEN

Dalam berita terdahulu, Putrajaya ada menafikan akan menggunakan sebarang dana Kerajaan untuk PKNB. Namun, kenyataan terbaharu ini menyatakan sebaliknya. Jadi setakat ini, ya, PKNB memang akan guna geran (baca: dana) Kerajaan, cuma tidak diketahui berapakah jumlahnya, sama ada jutaan atau berbilion ringgit.

Seperti kita sedia maklum Kerajaan memang benar-benar serius mahu menjayakan PKNB. Jika dilaksanakan, ini ialah projek mega pertama dilancarkan Kerajaan baharu di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Ramai pemerhati automotif berpendapat PKNB tidak sesuai dilaksanakan dengan mengambil kira pasaran automotif tempatan yang belum cukup besar dan kompetitif. Malah, negara sudah ada ada dua jenama nasional, Perodua dan Proton, termasuk turut memberikan insentif pemasangan tempatan (CKD) dan kenderaan cekap tenaga (EEV) yang membolehkan jenama bukan nasional bersaing secara sihat dalam pasaran automotif negara.

Namun, tidak kurang juga bersetuju kerana berpendapat projek itu akan membuka peluang ekonomi dan melahirkan vendor tempatan tahap global.

BACA >>> VinFast - Kereta Nasional Vietnam, dan Siapa di Sebalik Pengeluar Automotif Itu?

Apapun, perkara paling membimbangkan ialah status PKNB sebagai projek pasaran terbuka yang menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat Malaysia untuk menentukan jatuh bangun jenama itu. Adakah kereta itu nanti akan menepati cita rasa? Berapakah pula harga ditawarkan?

Tiada siapa boleh memaksa kita membeli apa yang kita tidak mahu beli, dan masa akan menentukan.

381
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kereta Nasional 3.0, New National Car Project (NNCP), PKNB, Projek Kereta Nasional Baharu (PKNB), Roda4, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Comments

  1. Amran says

    December 10, 2018 at 9:27 AM

    Bukankh xda peruntukan dlm belanjawan 2019? Mcm mana boleh ada?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my