Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri Arah TnG Tambah Pusat Jualan Kad, Percepat Proses Bayar Balik Baki Wang
Auto Terkini

Menteri Arah TnG Tambah Pusat Jualan Kad, Percepat Proses Bayar Balik Baki Wang

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengarahkan syarikat Touch ‘n Go (TnG) menambah baik perkhidmatan ditawarkan kepada pengguna.

Arahan itu dibuat dalam sesi libat urus, semalam melibatkan pegawai Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan wakil TnG.

BACA >>> KPDN Sedia Gempur Peniaga Tamak Jual Kad TNG Melebihi Harga Asal
BACA >>> Kerajaan Arah Tukar Nama Kad Visa TNG Sebab Pengguna Jadi Keliru

Dipengerusikan Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof, sebahagian masalah dialami pengguna lebuh raya turut dibangkitkan dan tindakan digesa diambil.

MASALAH PENGGUNA LEBUH RAYA

Berikut masalah pengguna lebuh raya yang dibangkitkan:

  • Kesukaran memperoleh kad TnG dan peranti Smart TAG di pasaran.
  • Tempoh tamat kad TnG tidak disedari, terutama pengguna yang menggunakan MyKad.
  • Kesukaran mendapatkan bayaran balik baki wang dalam kad TnG.
  • Proses pemindahan baki ke Kad TnG baharu mengambil masa lama.
  • Masalah lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) tidak lancar.
  • Kesukaran mengisi semula baki TnG.

ARAHAN KEPADA TnG

Logo TNG

Susulan mesyuarat tersebut, TnG diarahkan mengambil beberapa tindakan segera menyelesaikan masalah tersebut dengan:

  • Menambah bilangan pusat jualan kad dan perkhidmatan kad TnG di lokasi, selain pusat sedia ada di KL Sentral dan Bangsar.
  • Advokasi dan notifikasi awal kepada pengguna untuk makluman tempoh kad yang akan luput.
  • Menambah baik kaedah, mempercepatkan proses dan tempoh bayaran balik serta pemindahan baki.
  • TnG diberi masa seminggu (7 hari) menghasilkan pelan tindakan susulan seterusnya.

Sementara itu, KKR juga sedang meneliti tempoh pelaksanaan penggunaan pembayaran tol berasaskan sistem RFID sepenuhnya di semua plaza tol. Syarikat konsesi tol juga perlu segera menambah baik keupayaan teknologi imbasan RFID untuk mengelakkan kesesakan.

BACA >>> PLUS Akui Ada Isu Gangguan Teknikal Sistem RFID, Ambil Masa 2 Jam Selesaikan Masalah
BACA >>> PLUS: Lorong RFID Sesak Sebab Ada Pengguna Tidak Tambah Baki TnG eWallet

Datuk Azman Mohd. Yusof Kementerian Kerja Raya (KKR) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) Touch 'n Go (TNG)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.