Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»McLaren 720S Spider Rasmi Lancar di Malaysia, RM1.2 juta
Auto Terkini

McLaren 720S Spider Rasmi Lancar di Malaysia, RM1.2 juta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS debut rasmi di Eropah, Disember lalu, McLaren 720S Spider kini tiba ke Malaysia, dibawakan McLaren Kuala Lumpur, sekali gus barisan model sedia ada seperti 570S Coupe, 570S Spider, 600LT Coupe, 600LT Spider dan 720S Coupe.

Model ini didatangkan dalam dua pilihan varian, Performance dan Luxury pada harga jualan RM1.2 juta.

BACA >>> McLaren 720S Spider – Supercar 341kmj dengan Bumbung Buka-Tutup Terpantas Dunia

ENJIN V8 TURBO BERKEMBAR

McLaren 720S Spider dibina berasaskan platform monokok gentian karbon MonoCage II yang juga digunakan pada model McLaren lain. Dipacukan enjin 4.0L Twin-Trbocharged V8, model ini mampu menjana kuasa setinggi 720hp @ 7500rpm dan tork maksimum 770Nm @ 6,500rpm.

Hantaran kuasa liar disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi 7-kelajuan, manakala pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 2.9 saat. Kuasa ekstrem itu mampu dicapai menerusi berat badan lebih ringan, 1,468kg dan agihan nisbah berat ideal, 42 peratus (depan) dan 58 peratus (belakang).

Jika dipandu dengan bumbung dibuka, 720S Spider mampu mencapai kelajuan maksimum 341kmj, manakala dengan bumbung ditutup, 325kmj. Sebagai tambahan, bumbung model ini boleh berfungsi ketika kenderaan memecut dalam kelajuan 50kmj, iaitu hampir dua kali ganda operasi berbanding bumbung 650S Spider (30kmj).

BACA >>> McLaren Senna GTR yang Bagaikan Sirih Pulang ke Gagang, dan Sudah Pun Habis Dijual

MATERIAL GENTIAN KARBON

Seperti model McLaren lain,  720S Spider menggunakan struktur gentian karbon Monocage II-S yang lebih kuat, kukuh dan ringan daripada McLaren Monocage, sekali gus menyumbang kepada prestasi dinamik. Monocage II-S ialah hasil penambahbaikan dilakukan McLaren daripada Coupe Monocage II, iaitu casis tanpa pusat ‘tulang belakang’ dari depan ke belakang atas kabin.

Struktur paling belakang bahagian atas juga unik. Ia mampu menampung bumbung keras boleh lipat. Selain itu, rel atas cermin depan turut dirombak yang menggabungkan mekanisme selakan pusat. Sokongan struktur gentian karbon tetap dipasangkan pada belakang Monocage II-S untuk memberikan perlindungan kepada penumpang jika berlaku kemalangan yang menyebabkan kereta tergolek.

BACA >>> #BikinKereta: Supercar Malaysia dengan Ekstra Kuasa Turbo

Monocage II turut menyediakan tambahan poin pautan utama untuk sistem bumbung dan tali keledar. Sokongan keluli gentian karbon menyumbang kepada berat jentera lebih ringan 6.8kg berbanding 650S, manakala berat keseluruhan 720S Spider lebih ringan 49kg berbanding 720S Coupe. 

REKABENTUK BUMBUNG BOLEH RETRAK (RHT) BAHARU

Bumbung keras boleh retrak (retractable hard top, RHT) 720S Spider direka baharu sepenuhnya dengan menggunakan panel bumbung gentian karbon sebagai standard. Bumbung tersebut menawarkan efek siluet bersama ciri aerodinamik tersendiri, manakala struktur atas adalah daripada gentian karbon sepenuhnya apabila bumbung ditutup.

Mekanisme retrak (buka-tutup) bumbung dilakukan secara elektrik dan bukan hidraulik. Sistem berkenaan adalah jenis operasi bumbung konvertibel paling pantas dalam kelas supercar setakat ini. Ia dapat dilakukan dalam masa 11 saat sahaja, iaitu enam saat lebih cepat daripada 650S Spider.

KABIN RINGKAS, PINTAR

Cermin pintu tanpa frem menyambut pemilik untuk duduk dalam kabin. Bahagian tengah papan pemuka tersedia skrin infotainment resolusi tinggi 8-inci sebagai hab kepada fungsi utama kereta.  Paparan antaramuka skrin memaparkan fungsi audio, media, navigasi, kawalan suhu dan beberapa aplikasi utama lain.

Kawalan suhu dwi zon dan sistem penyaman udara diubah suai semula untuk Spider 720S untuk mengesan situasi bumbung diaktifkan. Kemudian, sistem pintar itu akan berfungsi melaraskan suhu dan aliran udara secara automatik mengikut pilihan tetapan ambien dengan meningkatkan aliran udara ke dalam kabin dan mengalirkan lebih banyak udara ke kawasan kaki atau atas kabin.

BACA >>> Saintis Roket Jelaskan Kenapa McLaren 720S Boleh Jadi Sangat Laju!

ADA 3 VARIAN, 2 WARNA BAHARU

Bagi keselesaan pengendalian, 720S Spider dilengkapi sistem kawalan suspensi hidraulik, dipanggil Proactive Chassis Control II dengan tiga opsyen mod pemanduan: Comfort, Sport, atau Track. Rim aloi ringan 10 jejari 19 inci (depan) dan 20 inci (belakang) dipadankan dengan tayar Pirelli P ZERO, yakni jenama yang sekian lama menjadi rakan teknologi McLaren dalam menyediakan cengkaman, pengendalian dan keselesaan optimum.

Pemilik juga boleh memilih tayar khas trek Pirelli P ZERO CORSA tanpa kos tambahan. 720S Spider tersedia dalam pilihan varian Performance dan Luxury dengan tambahan dua warna baharu Belize Blue (biru) dan Aztec Gold (emas) pada harga bermula RM1.2 juta. 

BACA >>> McLaren 720S Pasrah Dilanggar Trak Pikap Chevrolet yang Tidak Cekap Membrek

GALERI
Auto Terkini Kereta Sport kereta sport konvertibel McLaren McLaren 720S Spider McLaren Kuala Lumpur Supercar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Siri Plat P-P Cecah 6,000 Pembida – JPJ Sasar Sambutan Luar Biasa

    24/04/2026
    Auto Terkini

    Youtuber Bangladesh Maut, Pegawai Tentera Pandu Mabuk Di MEX

    24/04/2026
    Auto Terkini

    Hyundai Staria Electric dan Limousine 2026 Lancar di Korea, Dalaman Dengan Kerusi Kapten!

    23/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    24/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.