• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / McLaren 720S Spider - Supercar 341kmj dengan Bumbung Buka-Tutup Terpantas Dunia

McLaren 720S Spider - Supercar 341kmj dengan Bumbung Buka-Tutup Terpantas Dunia

December 12, 2018 By Azhan O Leave a Comment

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MCLAREN 720S Spider melakukan debut rasmi beberapa hari lalu dan akan berada di pasaran pada harga bermula £237,000 (RM1.23 juta).

Berbeza berbanding coupe 720S, model ini menampilkan ciri bumbung keras retrak baharu yang boleh dibuka-tutup. Menurut McLaren, bumbung baharu 720S Spider ialah yang paling pantas dalam kelas supercar, dan lebih pantas daripada model drop top Super Series terakhir, 650S Spider.

BACA >>> Tidak Mampu Beli McLaren 720S Sebenar? Jangan Bimbang, LEGOkan ada!

Sebagai tambahan, bumbung model ini boleh berfungsi ketika kenderaan memecut dalam kelajuan 50kmj, hampir dua kali ganda operasi bumbung 650S Spider, iaitu 30kmj.

PANEL BUMBUNG TINTA AUTOMATIK

Ciri unik lain 720S Spider ialah panel bumbung kaca elektrokromik yang boleh ditukar antara tinta (tinted) dan transparen dengan sentuhan satu suis khas. Apabila enjin dimatikan, panel kaca tersebut secara automatik akan bertukar kepada tetapan tinta yang membantu kabin kekal sejuk. Jika pernah menggunakan tingkap elektrokromik atas pesawat terbang, anda pasti biasa dengan teknologi ini.

McLaren juga melengkapkan 720S Spider dengan rim aloi ringan 10 jejari (lihat foto galeri), termasuk menambah dua warna eksterior baharu, dipanggil Belize Blue (seperti dalam foto) dan Aztec Gold, manakala warna Supernova Silver ditamatkan.

720S Spider dibina berasaskan platform monokok gentian karbon MonoCage II yang juga digunakan model jalanan McLaren lain, dengan enjin 4.0L twin-turbocharged V8 dan transmisi 7-kelajuan, berkuasa 720hp @7500rpm dan 770Nm @ 6,500rpm.

BACA >>> #TahukahAnda: McLaren Pilih Nama Senna Sempena Peringati Jaguh F1, Ayrton Senna

Prestasi dimiliki itu membolehkan 720S Spider memecut 0-100kmj sepantas 2.9 saat dan 0-193kmj dalam masa 7.9 saat. Jika bumbung dibuka, supercar ini mampu mencapai kelajuan maksimum 341kmj, manakala dengan bumbung ditutup, 325kmj.

Rasanya kena pakai palam telinga kalau tidak berbumbung.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Artikel Berkaitan

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: McLaren, McLaren 720S Spider, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my