• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Saintis Roket Jelaskan Kenapa McLaren 720S Boleh Jadi Sangat Laju!

Saintis Roket Jelaskan Kenapa McLaren 720S Boleh Jadi Sangat Laju!

August 8, 2018 By AI Leave a Comment

376
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KITA semua tahu McLaren 720S cukup laju, tetapi pernahkah anda terfikir bagaimanakah supercar itu boleh pergi sepantas begitu? Bagi menjawab persoalan tersebut, saintis roket, Ryan W Conversano ada jawapannya!

Salah satu faktor utama prestasi memukau 720S ialah bentuk aerodinamik. Tidak seperti mana-mana McLaren, 720S meletakkan aerodinamik sebagai keutamaan yang mana rekabentuk badan menyumbang secara signifikan terhadap kelajuan supercar itu.

BACA >>> Tidak Mampu Beli McLaren 720S Sebenar? Jangan Bimbang, LEGOkan ada!

Tidak seperti kebanyakan pesaing, McLaren tidak begitu menumpukan kepada penambahan garis tajam dan sudut pada rekabentuk kereta. Sebaliknya mengadaptasikan kombinasi permukaan mengalir, pinggir melengkung dan bentuk lancar yang membantu memotong udara, meminimumkan seretan dan pada masa sama menawarkan tahap dayatujah (downforce) yang sangat diperlukan sesebuah supercar.

ENJIN BERKUASA BUAS

2018-McLaren-720S-1
2018-McLaren-720S-4
2018-McLaren-720S-3
2018-McLaren-720S-2

Seperti barisan model lain, McLaren 720S menggunakan trenkuasa yang agak ganas. Dalam kes ini, kereta itu dipadankan dengan enjin 4.0L V8 kembar berkuasa 710hp. Faktanya, kita tahu enjin itu jauh lebih berkuasa daripada apa dikatakan McLaren.

Pakar pembangunan gentian karbon McLaren juga memastikan berat dimiliki 720S adalah kurang daripada pesaing. Dalam dunia yang mana piawaian kecekapan bahan api kini jadi sangat ketat, pengeluar kereta terpaksa menumpukan kepada pembuatan binaan atau struktur yang ultra ringan.

BACA >>> #GMS2018: McLaren Hasilkan Jam Tangan Super Mewah dengan Sentuhan Richard Mille

Jadi secara teknikal, lebih ringan sesebuah kereta, maka semakin pantas pecutan dapat dihasilkan. Kenderaan ringan ialah situasi menang-menang bagi pengeluar kereta. Mendapatkan kuasa diingini dan penggunaan bahan api efisien.

Secara keseluruhan, McLaren 720S hanya baru bermula, dan tahun-tahun mendatang bakal membuka banyak babak baru menerusi pengenalan model 720S Spider dan versi lencana LT.

GALERI

SUMBER: Carscoops

376
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Kereta Sport, McLaren, McLaren 720S, Roda4, Ryan W Conversano, saintis, Saintis Roket, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my