• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / #GMS2018: McLaren Hasilkan Jam Tangan Super Mewah dengan Sentuhan Richard Mille

#GMS2018: McLaren Hasilkan Jam Tangan Super Mewah dengan Sentuhan Richard Mille

March 9, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


MCLAREN Automotive
dan pengeluar jenama jam mewah dari Switzerland, Richard Mille bekerjasama menghasilkan jam tangan mewah pertama, RM 11-03 McLaren Automatic Flyback Chronograph dengan hanya 500 unit dikeluarkan.

Jam tangan itu, bernilai Fr180,000 (RM744,299) termasuk cukai, hanya ditawarkan kepada pelanggan McLaren Ultimate Series dan dibangunkan sejak tahun lalu hasil kolaborasi Pengarah Rekabentuk McLaren, Rob Melville dan Jurutera Richard Mille, Fabrice Namura.

BACA >>> #GMS2018: McLaren Senna GTR - Versi Atas Trek yang Laju, Cuma 75 Unit Dijual

Rekabentuk unik jam tangan tersebut diambil daripada barisan kereta sport dan supercar milik McLaren.  Struktur badan jam dihasilkan daripada material karbon TPT dan dipadankan dengan kuarza jingga TPT. Hasilnya ialah jam tangan yang ringan dan tahan lasak, manakala padanan warna jingga memang sinonim dengan jenama kereta buatan British itu.

Karbon TPT turut berfungsi meningkatkan prestasi mekanikal jam. Butang titanium di sisi mewakili lampu depan McLaren 720S. Kemasan titanium tepi bingkai jam mirip snorkel lubang udara McLaren F1 dengan lambang McLaren menghiasai bahagian bezel.

Punat jarum jam mengambil ilham rim McLaren yang dibaluti tayar getah jingga. Jam tersebut menampilkan ciri mekanisme kaliber RMAC3 automatik bersama kronograf flyback dan kuasa simpanan 55 jam.

Richard Mille mencipta plat tapak dan jambatan untuk RM 11-03 McLaren, diperbuat daripada PVD - rawatan titanium gred 5 yang membolehkan 'tren gear' berfungsi mudah. Fungsi jarum terdiri daripada kalendar tahunan, dan haribulan bersaiz besar serta kronograf 12 jam dan hitung kiraan.

Jam tersebut kini ditayangkan sempena Pameran Motor Geneva 2018.

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, McLaren Tagged With: aksesori, Jam tangan, jam tangan mewah, jam tangan Swiss, McLaren, McLaren Automotive, Richard Mille, RM 11-03 McLaren Automatic Flyback Chronograph

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Kompilasi Komen Pembaca yang Bengang dengan Kualiti Pusat Servis Proton
    Kompilasi Komen Pembaca yang Bengang dengan Kualiti Pusat Servis Proton
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
  • Yamaha Vietnam Tayang Model Konsep 'Waisuku' yang Lebih Futuristik dan Langsing
    Yamaha Vietnam Tayang Model Konsep 'Waisuku' yang Lebih Futuristik dan Langsing

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my