Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MBI X – Skuter Elektrik dari Korea ini Cuba Nasib di Pasaran Vietnam, Harga RM7,100
Roda2

MBI X – Skuter Elektrik dari Korea ini Cuba Nasib di Pasaran Vietnam, Harga RM7,100

AryonBy Aryon17/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI sudah biasa mendengar jenama motosikal dari China dan Taiwan, tetapi jarang sekali mendengar produk dua roda dri Korea.

Pada Vietnam AutoExpo 2019 yang berlangsung di ibu kota Hanoi bermula 12-15 Jun lalu, buat kali pertama pengeluar dari Korea, MBI Motors mempamerkan produk motosikal buatan pengeluar itu, iaitu tiga model elektrik dengan varian paling asas, MBI X dijual pada harga serendah 39.8 juta dong (RM7,100).

Reruai MBI Motors tampil sederhana, berbeza dengan reruai produk tempatan, VinFast yang turut menampilkan motosikal elektrik, Klara.

BACA >>> Gogoro-Yamaha Bakal Lancar Skuter Elektrik, EC-05 dengan Bateri Boleh Tanggal

Dari sisi, MBI X nampak mirisp model dikuasakan enjin petrol yang popular di Vietnam dengan saiz pelana 760mm. Rupa depan dilengkapi lampu utama LED, manakala trenkuasa menggunakan bateri litium-ion dan bateri bukan plumbum seperti VinFast Klara.

MBI X memiliki 3 mod tunggangan: Eco (Ekonomi), Sport (Sport) dan Drive (Standard) dengan kemampuan mendaki 30 peratus cerun ialah 36kmj.

Penunngang boleh mengubah mod tunggangan pada bar kanan menerusi butang  S, D, E. Butang R ialah untuk mengundur, manakala P berfungsi sebagai brek tangan untuk mengelak insiden tersilap memulas terotel ketika baru menghidupkan enjin. Skuter ini turut dilengkapi dengan sensor anti-ketukan untuk mematikan enjin.

Parameter motosikal dipaparkan pada skrin LCD. Dalam mod Sport, motosikal mampu memecut hingga 100kmj, manakala mod Eco akan mengehadkan halaju pada 50kmj. MBI X turut dilengkapkan dengan palam pengecas USB, pembesar suara dan luaran. Pengguna juga dapat menghubungkan fungsi skuter ini menerusi  Bluetooth, 3G atau GPS.

BACA >>> TVS Bakal Pasarkan Skuter Elektrik dengan Bumbung Solar Menjelang 2022

Menurut pelan jangka panjang MBI Motors, apabila kuasa kehabisan, pengguna cuma perlu menanggalkan bateri dan tukar baharu, atau menyewa di stesen cas. Pengeluar dari Korea ini turut merancang mewujudkan stesen cas khas supaya pemilik dapat menukar, menyewa atau mengecas bateri skuter mereka.

Tempoh masa mengecas MBI X ialah 4-5 jam, dan mampu ditunggang sejauh 110km untuk sekali cas penuh dengan halaju 50kmj.

Dua kotak bateri litium-ion diletakkan di bawah pelana yang setiap satu bateri seberat 8kg, agak berat jika mahu diangkat penunggang wanita untuk ditukar atau dicas. Bagaimanapun, berat skuter ini cuma 110kg, antara model MBI paling ringan yang dipamerkan di sini.

BACA >>> VinFast Klara Lancar di Vietnam, Skuter EV dengan Insentif Tanpa Faedah

Kedua-dua bahagian roda dipasangkan brek cakera. Harga 39.8 juta dong (RM7,100) untuk MBI X ialah lebih murah daripada pesaingnya, VinFast Klara yang berharga 50 juta dong (RM8,920).

AutoExpo Vietnam 2019 EV Korea Selatan MBI Motors MBI X Moped roda2 skuter skuter elektrik
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    02/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.