Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda Perkenal Edisi Aniversari ke-100 Tahun untuk Semua Model
Roda4

Mazda Perkenal Edisi Aniversari ke-100 Tahun untuk Semua Model

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA meraikan ulang tahun ke-100 di pasaran dunia, Mazda memperkenalkan model ‘100th Anniversary Special Edition’ untuk semua produk jenama itu.

Model edisi istimewa itu tampil berbeza dengan mengambil ilham kereta penumpang pertama Mazda, R360 Coupe (1960), yang pernah menjadi ikon gaya pada era tersebut. R360 Coupe dibangunkan sebagai kereta rakyat dengan enjin 4-lejang.

Ketika itu, R360 Coupe adalah kereta penumpang paling laris di Jepun yang menawarkan transmisi automatik dan aspek mekanikal banyak menggunakan material aloi ringan dan badan monokok. Varian tertinggi model coupe ini ditawarkan dalam dua warna pilihan dan kemasan kabin dipadankan dengan bumbung merah.

R360 Coupe, yang digunakan sebagai model promosi pemasaran Mazda adalah versi baik pulih daripada pelajar sekolah menengah Hiroshima pada 2017. Model 100th Anniversary Special Edition akan mendapat kemas kini warna badan putih dengan kabinmerah gelap, Dark Cherry.

BACA >>> Mazda MX-5 RF (2019) Versi Kemas Kini Sudah Ada di Malaysia, Harga Bermula RM259k

Masuk ke kabin, anda dapat mengesan lencana 100th Anniversary Special Edition pada penyandar kepala kerusi depan, manakala karpet turut lencana krom tertulis ‘100 YEARS 1920-2020’. Lencana sama juga boleh dilihat pada kunci kereta dan hab tengah rim aloi.

Begitu juga sisi badan yang turut disematkan lencana 100 YEARS 1920-2020. Bagi beberapa model seperti Mazda3 dan CX-5, bahagian kabin akan dipadankan warna putih bagi mengembalikan kenangan warna badan logam kabin R360 Coupe sebelumnya.

Model 100th Anniversary Special Edition akan diperkenalkan sepanjang tahun ini dan hanya ditawarkan untuk varian premium. Antara model yang mendapat sentuhan pakej aniversari ini ialah Mazda2, Mazda3 dan CX-3, di pasaran sekitar Jun di Jepun, dan disusuli CX-30, CX-5, CX-8, Mazda MX-5 (soft top) dan RF pada Julai nanti serta model paling akhir Mazda6 menjelang Ogos.

BACA >>> Mazda MX-5 Eunos Edition (2020) – 10 Unit untuk Pasaran Perancis Sahaja

GALERI

SUMBER: JapaneseNostalgicCar

Auto Terkini Edisi Istimewa mazda Mazda CX-5 Mazda Jepun Mazda MX-5 Mazda R360 Coupe (1960) Mazda3 (2019) Mazda6 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam21/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.