Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda MX-5 Speedster Evolution & MX-5 RF Kuro Tampil Debut di SEMA 2016
Roda4

Mazda MX-5 Speedster Evolution & MX-5 RF Kuro Tampil Debut di SEMA 2016

Han OthmanBy Han Othman26/10/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

mazda-mx-5-miata-concept-2016
MAZDA akan membawa masuk dua kereta konsep MX-5 Miata pada pameran SEMA 2016 di Amerika Syarikat (AS) bulan hadapan. Model konsep Mazda MX-5 Speedster Evolution dan MX-5 RF Kuro akan melakukan debut di Las Vegas dengan menampilkan gaya dan kelajuan daripada kereta lumba Mazda MX-5 Global Cup.

Sebenarnya, MX-5 Speedster pertama kali diperkenalkan tahun lalu di pameran SEMA. Tetapi tahun ini, pengeluar automobil Jepun itu melakukan banyak penambahbaikan ke atas MX-5 Speedster Evolution, sekali gus mengangkat status jentera itu kepada satu tahap baharu.

BACA >>> #PanduUji: Mazda MX-5 Si Pencuri Hati

Dengan warna putih – White Ether – berat MX-5 Speedster Evolution dikurangkan lebih 45kg berbanding model terdahulu dan menjadikan ia kira-kira 159kg lebih ringan berbanding MX-5 Miata sedia ada. Malah berat keseluruhan kereta adalah di bawah 1 tan.

Turut serta bersama MX-5 Speedster Evolution ialah model konsep MX-5 RF Kuro yang dibina berasaskan Mazda MX-5 Retractable Fastback 2017 yang dijadualkan berada di pasaran awal tahun hadapan. Rekabentuk luaran memuatkan warna konsep metalik separa kusam (semi-matte) yang dihasilkan sendiri dengan terma warna khas dipanggil ‘Kuro’, bermaksud arang dalam bahas Jepun.

Keempat-empat tayar model konsep berkenaan menggunakan rim tempaan (forged) RAYS 17×7.5 inci dan dibalut tayar BF Goodrich Rival G-Force, 214/45/17, manakala suspensi boleh laras diambil daripada MX-5 Cup.

Menurut Mazda, kedua-dua model konsep itu diilhamkan oleh Mazda Design America bagi memaparkan haluan berbeza dalam menyerlahkan pengalaman ‘Mazda Premium’ dan dibikin tanpa mengetepikan warisan prestasi jenama tersebut. Proses desain dan pembinaan dibuat di fasiliti Mazda dekat Irvine, California, AS.

SUMBER: Autoguide.com

autoterkini kereta konsep Las Vegas mazda Mazda Malaysia Mazda MX-5 Miata Mazda MX-5 RF Kuro Mazda MX-5 Speedster Evolution pameran permotoran SEMA pameran SEMA Roda4 SEMA 2016
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.