• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda MX-5 Speedster Evolution & MX-5 RF Kuro Tampil Debut di SEMA 2016

Mazda MX-5 Speedster Evolution & MX-5 RF Kuro Tampil Debut di SEMA 2016

October 26, 2016 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter

mazda-mx-5-miata-concept-2016
MAZDA akan membawa masuk dua kereta konsep MX-5 Miata pada pameran SEMA 2016 di Amerika Syarikat (AS) bulan hadapan. Model konsep Mazda MX-5 Speedster Evolution dan MX-5 RF Kuro akan melakukan debut di Las Vegas dengan menampilkan gaya dan kelajuan daripada kereta lumba Mazda MX-5 Global Cup.

Sebenarnya, MX-5 Speedster pertama kali diperkenalkan tahun lalu di pameran SEMA. Tetapi tahun ini, pengeluar automobil Jepun itu melakukan banyak penambahbaikan ke atas MX-5 Speedster Evolution, sekali gus mengangkat status jentera itu kepada satu tahap baharu.

BACA >>> #PanduUji: Mazda MX-5 Si Pencuri Hati

Dengan warna putih - White Ether - berat MX-5 Speedster Evolution dikurangkan lebih 45kg berbanding model terdahulu dan menjadikan ia kira-kira 159kg lebih ringan berbanding MX-5 Miata sedia ada. Malah berat keseluruhan kereta adalah di bawah 1 tan.

mazda-mx-5-speedster-evolution-i
mazda-mx-5-rf-kuro-i

Turut serta bersama MX-5 Speedster Evolution ialah model konsep MX-5 RF Kuro yang dibina berasaskan Mazda MX-5 Retractable Fastback 2017 yang dijadualkan berada di pasaran awal tahun hadapan. Rekabentuk luaran memuatkan warna konsep metalik separa kusam (semi-matte) yang dihasilkan sendiri dengan terma warna khas dipanggil 'Kuro', bermaksud arang dalam bahas Jepun.

Keempat-empat tayar model konsep berkenaan menggunakan rim tempaan (forged) RAYS 17x7.5 inci dan dibalut tayar BF Goodrich Rival G-Force, 214/45/17, manakala suspensi boleh laras diambil daripada MX-5 Cup.

Menurut Mazda, kedua-dua model konsep itu diilhamkan oleh Mazda Design America bagi memaparkan haluan berbeza dalam menyerlahkan pengalaman 'Mazda Premium' dan dibikin tanpa mengetepikan warisan prestasi jenama tersebut. Proses desain dan pembinaan dibuat di fasiliti Mazda dekat Irvine, California, AS.

mazda-mx-5-speedster-evolution
mazda-mx-5-rf-kuro

SUMBER: Autoguide.com

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, kereta konsep, Las Vegas, mazda, Mazda Malaysia, Mazda MX-5 Miata, Mazda MX-5 RF Kuro, Mazda MX-5 Speedster Evolution, pameran permotoran SEMA, pameran SEMA, Roda4, SEMA 2016

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
    Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
    #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
  • #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'
    #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my