Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Maybank Tawar Pembiayaan EV hingga 90 Peratus untuk Beli Tesla
Auto Terkini

Maybank Tawar Pembiayaan EV hingga 90 Peratus untuk Beli Tesla

Han OthmanBy Han Othman21/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBAGAI sebahagian perkongsian strategik dengan pengeluar kenderaan elektrik (EV) Tesla, syarikat perbankan tempatan, Maybank bakal menyediakan penyelesaian holistik dan bersepadu kepada pembeli kereta Tesla.

Maybank dalam kenyataan hari ini berkata, pembeli kereta Tesla yang memilih pembiayaan dengan bank itu akan menikmati kadar pembiayaan keutamaan dan kompetitif serta pilihan pembayaran balik fleksibel menerusi pembiayaan hingga 90 peratus menerusi Pembiayaan EV Maybank.

Proses permohonan yang diselaraskan menyediakan kepada bakal pembeli Tesla pembiayaan automobil bersepadu yang menawarkan perlindungan insurans/takaful dan manfaat lain,” kata Maybank.

Pembiayaan kenderaan elektrik Maybank menawarkan kelulusan pantas dalam masa sehari dengan pasukan jualan kereta yang berdedikasi dalam melayani setiap pelanggan secara peribadi.

Selepas membuat pembelian menerusi atas talian, pembeli boleh memilih pembiayaan EV Maybank, memastikan proses lancar dan mudah dari awal hingga akhir.

“Selain itu, 100 pembeli kereta Tesla pertama bawah pembiayaan auto bersepadu Maybank berpeluang menerima pelaburan awal bernilai RM500 menerusi Akaun Emas Maybank Islamic (MIGA-i),” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli memuji perkongsian sinergi itu dengan menyedari peranan Maybank dalam menawarkan penyelesaian pembiayaan mampan holistik secara proaktif untuk membantu mencapai agenda negara ke arah ekonomi rendah karbon.

Dengan inovasi canggih Tesla dan disokong penyelesaian kewangan inovatif Maybank, kami percaya akan menyumbang kepada pertumbuhan pasaran EV negara ini, memacu penyelesaian mobiliti mampan dan meningkatkan penggunaan tenaga bersih dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon,” katanya.

Maybank berkata lagi, perkongsian itu menandakan komitmen untuk mempercepat penyelesaian EV, menyediakan kepada keperluan pelanggan dalam setiap aspek seperti pembiayaan, perlindungan insurans dan pelbagai keistimewaan eksklusif.

Selain pembiayaan, cabang insurans Maybank, Etiqa turut menawarkan perlindungan insurans melalui Tesla Ensure.

Pemegang polisi dan sijil Tesla Ensure akan menerima perlindungan percuma, termasuk perlindungan Pengecas Rumah EV yang menyediakan pembayaran balik hingga RM12,000 untuk menggantikan atau membaiki pengecas rumah EV akibat kehilangan atau kerosakan, Elaun Pelepasan Khas sekali jika berlaku kecurian atau pengecas tidak boleh digunakan lagi, Perlindungan Kemalangan Diri Pemandu sahaja, Elaun Bantuan Banjir dan Manfaat Ehsan,” katanya.

SUMBER: Bernama

Akaun Emas Maybank Islamic (MIGA-i) Auto Terkini Datuk Khairussaleh Ramli Etiqa Maybank Pembiayaan Beli Tesla Maybank Pembiayaan EV Maybank Tesla Ensure
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.