Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Maxx ‘N Go-Shopee Tawar Pakej Beli dan Pasang Aksesori, Alat Ganti Kenderaan
Auto Terkini

Maxx ‘N Go-Shopee Tawar Pakej Beli dan Pasang Aksesori, Alat Ganti Kenderaan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERKHIDMATAN Maxx ‘N Go kini boleh dilanggan secara atas talian @ online menggunakan platform e-dagang, Shopee. Kerjasama itu membawa era baharu perkhidmatan servis kenderaan yang kini beroperasi secara online dan pasti memudahkan lagi gaya hidup pengguna di Malaysia.

Membeli alat ganti dan aksesori secara online sudah jadi kebiasaan sejak kebelakangan ini, tetapi pengguna menghadapi kesukaran mahu memasang komponen dibeli. Namun, itu bukan masalah lagi kerana perkhidmatan Maxx ‘N Go kini boleh didapati di Shopee.

APA PERLU BUAT?

Anda cuma perlu buka akaun Shopee, dan beli komponen atau aksesori kenderaan yang ditawarkan Maxx ‘N Go menggunakan platform tersebut. Kemudian, Maxx ‘N Go akan menghubungi anda untuk menetapkan janji temu sebelum pasukan mekanik dihantar dan pemasangan produk dibuat.

BACA >>> Aplikasi Mobil, Maxx N GO Tawar Servis Serendah RM99 kepada Pemandu GrabCar

CARI PENJUAL, PRODUK DI BAWAH PROGRAM MAXX N GO

Mudah saja mencari penjual dan produk terlibat. Anda hanya perlu taip Maxx ‘N Go pada ruang carian Shopee atau klik pada imej produk Maxx N Go. Bagaimanapun, buat masa ini servis Maxx N Go bersama Shopee hanya ditawarkan kepada pengguna sekitar Lembah Klang dan Seremban, selama tujuh hari  bermula 8.30 pagi  hingga 6.30 petang.

BACA >>> Tempahan Proton X70 Atas Talian Kini Dibuka – Hanya Perlu Bayar RM99!!!

SERVIS DITAWARKAN

Maxx ‘N Go menawarkan pemasangan aksesori dan alat ganti serta servis menukar minyak hitam hanya di depan pintu rumah anda. Kerjasama strategik ini bukan saja memudahkan, tetapi menjimatkan masa pengguna.

PROMOSI

Bulan ini, Shopee meraikan Festival Jenama Shopee, yang mana pelanggan akan menerima Hari Baucar Bonus pada Isnin, Rabu dan Jumaat serta terima 2x Coin pada Selasa dan Khamis serta penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM20 (hujung minggu), hingga 24 April ini.

BACA >>> HAVAL Malaysia-Maxx N Go Jalin Kerjasama, Tawar Servis Bergerak Guna Aplikasi Mobil

Sementara itu, pada 23 April ini, peminat automotif boleh menikmati penjimatan dengan pembelian komponen dan aksesori serta ganjaran berganda apabila membeli produk dengan pakej penghantaran dan pemasangan Maxx ‘N Go.

Auto Terkini e-dagang Maxx 'N GO minyak hitam Platform Online Servis Bergerak Servis Kenderaan Shopee
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.