• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / HAVAL Malaysia-Maxx N’ Go Jalin Kerjasama, Tawar Servis Bergerak Guna Aplikasi Mobil

HAVAL Malaysia-Maxx N' Go Jalin Kerjasama, Tawar Servis Bergerak Guna Aplikasi Mobil

December 5, 2018 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


GO AUTO Sales Sdn Bhd, (HAVAL Malaysia) selaku pengedar rasmi kenderaan Haval di Malaysia mengumumkan perkongsian strategik dengan Maxx 'N Go yang mana pemilik Haval boleh memilih melakukan penyenggaraan tanpa perlu menghantar kereta mereka ke pusat servis.

Kolaborasi ini cuba menghasilkan penyelesaian pintar dan keselesaan maksimum kepada pemilik Haval dalam urusan penyenggaraan kereta. Sebagai tambahan Maxx 'N Go menawarkan aplikasi mobil bantuan penjagaan kereta secara on demand yang membolehkan pemilik Haval menetapkan lokasi, memilih masa sesuai dan mendapatkan servis diperlukan untuk kereta mereka.

BACA >>> Aplikasi Mobil, Maxx N' GO Tawar Servis Serendah RM99 kepada Pemandu GrabCar

Sebagai penyedia perkhidmatan mobil rasmi untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) Haval, servis akan dilakukan dengan menggunakan produk pelincir dan alat ganti tulen keluaran Haval sendiri, dan semua itu boleh ditempah menerusi aplikasi mobil.

Pengarah Eksekutif Go Auto, Group, Dato' SM Azli SM Nasimuddin berkata, Maxx 'N Go dipilih sebagai pilihan servis untuk membantu meringankan beban pelanggan dalam urusan penyenggaraan SUV Haval mereka tanpa perlu mengorbankan masa.

"Paling penting pelanggan tidak perlu risau tentang waranti yang kami berikan selagi ia menggunakan minyak pelincir Go Auto dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketika servis," katanya.

HAVAL Malaysia dan Maxx ‘N Go percaya perkongsian tersebut dalam jangka masa panjang dapat mewujudkan kesedaran kepada pengguna awam, terutama pelanggan Haval. Sebagai sebahagian SOP servis, pemeriksaan keselamatan 15 poin percuma akan dibuat.

Ini termasuk memeriksa bunga dan tekanan tayar, sistem brek, operasi pedal untuk brek dan klac, bateri, bilah pengelap dan juga paras bendalir seperti minyak brek, minyak gear, penyejuk @ coolant, minyak stereng dan pencuci cermin. Ini secara tidak langsung dapat mendidik dan mempromosikan keselamatan kepada pengguna Haval.

IKUT SOP, MASA FLEKSIBEL

Ketua Pegawai Teknikal (CTO) Maxx 'N Go, Tengku Djan Ley berkata, perkongsian dengan Haval ialah peluang terbaik untuk menunjukkan fleksibiliti pelaksanaan servis kenderaan yang ditawarkan aplikasi mobil.

"Ini peluang terbaik untuk menunjukkan fleksibiliti dalam menyesuaikan servis kami dengan SOP dan alat ganti pengeluar, dan pada masa sama mengekalkan kualiti servis terbaik yang pelanggan harapkan," katanya.

Menerusi kerjasama dengan Maxx ‘N Go juga, HAVAL Malaysia berharap syarikat itu mampu menyediakan servis asas seperti menukar minyak enjin dan bantuan jalanan kepada kira-kira 2,000 pemilik Haval di Selangor.

.Maklumat lanjut tentang HAVAL Malaysia boleh layari laman web HAVAL Malaysia, Facebook atau Instagram, atau hubungi khidmat pelanggan di 03-5569 7332, atau e-mel [email protected], ATAU kunjungi laman web Maxx 'N Go dan Facebook Maxx 'N Go

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aplikasi mobil, auto terkini, Dato' SM Azli SM Nasimuddin, Go Auto Group, Go Auto Sales Sdn Bhd, Haval, Haval Malaysia, Maxx 'N GO, Roda4, Tengku Djan Ley

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
    Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
  • #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
    #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
  • Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!
    Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my