Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Masalah Pam Bahan Api: Perodua Panggil Balik Myvi 2018-2019
Auto Terkini

Masalah Pam Bahan Api: Perodua Panggil Balik Myvi 2018-2019

Han OthmanBy Han Othman07/08/20205 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA Myvi nampaknya turut terjejas akibat isu pam bahan api global. Susulan program panggil balik dikeluarkan UMW Toyota (UMWT) membabitkan kenderaan Toyota dan Lexus, dan Honda Malaysia pada Jun lalu, Perodua juga dilaporkan mengeluarkan notis panggil balik untuk Myvi generasi ketiga.

Kempen panggil balik pam bahan api global kali pertama dikeluarkan Toyota Motor Corporation (TMC) pada Mac lalu, melibatkan 3.2 juta kenderaan di bawah syarikat itu, dan turut membabitkan Daihatsu.

BACA >>> Masalah Pam Bahan Api: Honda Malaysia Panggil Balik, Lebih 55k Unit Terlibat!
BACA >>> UMWT Lancar Kempen Tukar Pam Bahan Api untuk Model Toyota, Lexus

TMC mula mengesan isu pam bahan api pada Jun 2019 apabila menerima 66 laporan, dan 2,571 tuntutan waranti yang ada kaitan dengan kegagalan pam bahan api di Amerika Syarikat (AS).

Kegagalan pam bahan api itu berisiko menyebabkan enjin terhenti, hilang kuasa ketika memandu dalam halaju rendah, lampu amaran dan mesej pada panel instrumen tidak berfungsi, atau kereta tidak dapat dihidupkan.ย  Sebarang situasi tersebut berkemungkinan besar meningkatkan peluang kemalangan pada halaju tinggi.

Siasatan di AS mendapati isu tersebut lebih banyak berlaku di kawasan selatan negara itu yang mengalami cuaca panas, sama seperti di Malaysia.

JEJASKAN PERODUA MYVI 2018-2019

Di Malaysia pula, isu pam bahan api sudah menjadi masalah yang konsisten kepada banyak pemilik Myvi yang menerima kenderaan mereka pada lewat 2018 hingga 2019. Ada beberapa laporan mengatakan pam bahan api sudah ditukar dua kali, tetapi masih menghadapi masalah sama.

perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018

Perodua akan menanggung semua kos penukaran dan menggalakkan semua pemilik yang terjejas dengan pam bahan api supaya membuat janji temu dengan pusat servis berdekatan. Buat masa ini model terjejas adalah Myvi keluara 2018 dan 2019.

Setakat ini tiada pengumuman rasmi dibuat Perodua mengenai notis panggil balik itu, dan berita ini dipetik WapCar. Jadi pemilik diminta sentiasa mengemas kini e-mel atau menghubungi terus Perodua untuk maklumat lanjut.

SUMBER: WapCar

Auto Terkini Fuel Pump Pam Bahan Api Panggil Balik Perodua Perodua Myvi Recall Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 โ€“ 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026

5 Comments

  1. ismail on 08/08/2020 12:49

    semua memang recall balik ke 2018 2019

    Reply
  2. David Ganesh on 10/08/2020 01:35

    Hi I bought my myvi in 2019 Jan 29, and took my car on 2nd February 2019. Please advise further thank you.

    Reply
  3. Salleh omar on 01/09/2020 13:38

    Semasa dapat panggilan untuk tukar fuell pump kereta tiada masaalah dan setelah fuell pump di tukar masaalah timbul ๐Ÿ˜‡

    Reply
  4. Kura kura on 25/09/2020 10:21

    Mana satu model myvi yg ada problem fuel pump ni…
    Type H atau AV. ?
    AV pakai eco…adakah ini model yg bermasalah.?

    Reply
  5. Fandi on 31/01/2021 16:41

    MYVI aku 2018 1..5H…dapat surat tukar sewaktu fuel pump takde masalah…tp selepas 6 bulan dikatakan dah tukar tu….terus aku kena masalah fuel pump…tapi SC produa tak tukar seketul pn fuel pump sbenarnya..dorang cuma tukar O ring dalam tu je…staf produa tu sdiri yang cite…mmg tak tukar seketul…

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam21/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.