• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UMWT Lancar Kempen Tukar Pam Bahan Api untuk Model Toyota, Lexus

UMWT Lancar Kempen Tukar Pam Bahan Api untuk Model Toyota, Lexus

March 9, 2020 By AO Leave a Comment

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW TOYOTA (UMWT) mengambil inisiatif keselamatan dengan mengumumkan Kempen Servis Khas (SSC) bagi menggantikan pam bahan api (fuel pump) untuk unit Toyota dan Lexus tertentu.

Berdasarkan maklumat diterima Toyota Motor Corporation, kenderaan terjejas membabitkan model seperti berikut:

  • 12,000 unit Toyota - Alphard, Camry, Corolla, Innova dan Fortuner.
  • 1,500 unit Lexus - GS300, GS350, IS300, LC500/500H, LS460, LS500/500H, LS600H, NX200T/300H, RC350/300H, RX350/450H dan RX350/450.

Semua unit terjejas itu adalah model keluaran 2013-2019 yang diedarkan di bawah UMWT, manakala model yang tiada dalam senarai adalah tidak terlibat dalam kempen keselamatan ini.

Komponen pam bahan api pada kenderaan terjejas itu berisiko mengalami kegagalan fungsi. Jika berlaku, lampu dan mesej amaran akan terpapar pada panel instrumen, dan kuasa enjin boleh tersengguk-sengguk.

Situasi ini boleh menyebabkan kenderaan terkandas dan tidak dapat dihidupkan, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan ketika memandu dalam halaju tinggi.

Menurut UMWT, setiap kenderaan yang terbabit dalam kempen keselamatan ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Bagaimanapun, caj upah penukaran bergantung kepada model. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Pusat Servis toyota atau buat panggilan 1800-8-TOYOTA (869682).

BACA >>> Toyota Vellfire, Alphard (2020) Buka Tempahan, Siap Waranti Kilang 5 Tahun!

47
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Fuel Pump, Kempen Keselamatan, Kempen Panggil Balik, Lexus, Pam Bahan Api, Recall, Toyota, Toyota Motor Corporation, UMW Toyota

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my