Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez Sertai Tim Ducati Jika Honda Gagal Bikin Jentera Kemenangan Musim 2023?
Auto Terkini

Marquez Sertai Tim Ducati Jika Honda Gagal Bikin Jentera Kemenangan Musim 2023?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MARC Marquez sentiasa menarik minat Ducati sebelum ini tetapi jenama Itali itu ‘bukannya terdesak mendapatkan (khidmatnya) seperti sebelum ini’, demikan kata bekas pengurusnya, Emilio Alzamora.

Pelumba Repsol Honda itu terlepas sebahagian besar aksi musim 2022 kerana terpaksa berehat selepas menjalani siri pembedahan keempat lengannya.

BACA >>> Marquez Bantu Repsol Honda Uji Bahan Api Boleh Diperbaharui Selepas Aksi GP Valencia

Jika Marquez mahu bergelar juara dunia kali ketujuh dalam kelas premier, dia harus memastikan sejarah paling buruk Honda pada musim lalu tidak berulang.

Khabarnya, Marquez mungkin melihat peluang lain jika bakat yang dimiliki ‘tidak serasi’ dengan jentera tunggangan dalam GP.

BACA >>> Rossi: “Ducati Nak Aku Tolong Test Prototaip 2023 untuk Pecco”

Alzamora memberitahu GPOne:

“Semua bergantung kepada Honda. Jika mereka bina motosikal untuk menang kejuaraan dunia, itu dah kira okay sebab Marc memang pemenang semula jadi. Dia ada di sini (MotoGP) untuk menang kejuaraan dunia.

“Andai sesuatu tidak bertambah baik selepas dua tahun lalu, aku rasa Marc akan ubah fikiran.

“Ducati buat job yang cukup baik. Dengan adanya Gigi Dall’Igna, mereka melangkah membuat perubahan dari sudut teknikal, bila ada Paolo Ciabatti, mereka jadi lebih baik.

“Mereka ada motor persaingan tapi benda yang paling menakjubkan ialah mereka ada lapan motor atas trek dengan team cukup kuat, mereka tawar kontrak kepada semua pelumba, semuanya muda dan kuat.

“Tapi aku rasa (Ducati) akan sentiasa minat dengan Marc, tapi buat masa ini, mereka tidak memerlukan dia seperti sebelum ini.

BACA >>> Pecco Cipta 5 Rekod Lain Selepas Muncul Juara Dunia MotoGP 2022
BACA >>> Quartararo Tutup TV, Tak Sanggup Tengok Pecco Rai Kemenangan Juara GP 2022

Francesco Bagnaia menjadi pelumba pertama Ducati selepas 15 tahun untuk memenangi kejuaraan MotoGP. Enea Bastianini akan menjadi rakan Pecco untuk musim 2023 selepas menamatkan musim lalu di tempat ketiga.

Alzamora pernah bekerja bersama Marc dan Alex Marquez selama 18 tahun sebelum mereka mengucapkan selamat tinggal pada awal musim ini. Usaha terakhir beliau ialah membantu Alex mendapat kontrak 2023 bersama tim Gresini Racing.

Alzamora berkata:

“Ini peluang terbaik untuk Alex dan dia memang memerlukannya. Kita semua tahu semua pelumba melalui kesukaran selama beberapa tahun bersama Honda. Alex kini ada jentera berdaya saing seperti dilalui Bastianini tahun ini.”

BACA >>> Rossi Bidas Marquez Cakap Tentang Kontroversi GP Malaysia 2015
BACA >>> Marc Marquez [Siri 1]: Pelumba Serius yang Pernah Menangis Seharian Sebab Kalah
BACA >>> Marc Marquez [Siri 2]: Bakat Luar Biasa yang Konsisten Sejak 17 Tahun Lalu
BACA >>> Marc Marquez [Siri 3]: Pelumba Luar Biasa dengan Kemampuan Menyerap Kelajuan Super

SUMBER: Crash

Ducati Emilio Alzamora Francesco Bagnaia Gigi Dall'Igna GP 2023 Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 Marc Marquez MotoGP paolo ciabatti Repsol Honda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.