Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM79k daripada Kerajaan Thailand
Auto Terkini

Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM79k daripada Kerajaan Thailand

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam09/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mangsa letupan bom rakyat Malaysia di Tak Bai dapat pampasan Kerajaan Thailand

SEORANG rakyat Malaysia yang cedera dalam insiden letupan bom di Tak Bai, Narathiwat, Thailand minggu lalu menerima pampasan bernilai 650,000 baht (RM79,200) daripada Kerajaan Thailand.

Cek pampasan itu disampaikan Gabenor Narathiwat, Bunchuay Homyamyen, kepada Muhammad Yusri Udin dalam majlis khas di Kompleks Kastam Sungai Golok, semalam.

Bantuan Tabung Khas Mangsa Insiden Keselamatan

Mangsa letupan bom rakyat Malaysia di Tak Bai, Narathiwat, Thailand

Bunchuay berkata, pampasan tersebut disalurkan menerusi Tabung Khas Kerajaan Thailand yang diwujudkan bagi membantu mangsa insiden keselamatan dan kerosakan harta benda.

Beliau berkata, Kerajaan Thailand memandang serius setiap insiden keganasan yang berlaku dan komited memberikan bantuan kepada semua mangsa, termasuk pelancong dan warga asing yang terkesan.

Beliau turut memaklumkan, semua agensi keselamatan, terutama di wilayah Selatan Thailand sudah diarahkan memperketat langkah kawalan keselamatan bagi mengelakkan insiden sama berulang.

Kerajaan Thailand Perketat Kawalan Keselamatan

Mangsa letupan bom rakay Malaysia si Tak Bai, Narathiwat, Thailand

Bunchuay berkata lagi, pihak berkuasa Thailand berharap insiden seperti itu tidak berulang kerana ituialah kejadian pertama direkodkan sepanjang tahun ini.

Menurutnya, tindakan keganasan bukan saja mengancam keselamatan orang awam, tetapi menjejaskan keyakinan masyarakat dan pelancong terhadap kawasan sempadan selatan negara itu.

Mangsa Ucap Terima Kasih

Mangsa letupan bom rakyat Malaysia di Tak Bai dapat pampasan Kerajaan Thailand

Muhammad Yusri, yang hadir bersama beberapa rakan, menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Thailand atas bantuan diberikan.

Sebelum ini, dia dan seorang lagi mangsa rakyat Malaysia, Abdullah Syarapi Abd Rahman turut menerima pampasan awal sebanyak 60,000 baht (RM7,310) setiap seorang, merangkumi bantuan kecederaan dan sokongan segera selepas insiden.

Cedera Letupan Bom Tepi Jalan

Dalam Insiden Isnin lalu itu, Muhammad Yusri dan Abdullah cedera selepas sebutir bom yang dipasang di bawah pembetung meletup ketika mereka melalui Lebuhraya 42 di Kampung Phrai Wan, berhampiran Tak Bai.

Kedua-dua mangsa awalnya menerima rawatan di Hospital Narathiwat sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Majlis penyerahan pampasan itu turut dihadiri Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha.

SUMBER: NST.com.my

Abdullah Syarapi Abd Rahman Bunchuay Homyamyen kerajaan Thailand Kompleks Kastam Sungai Golok Letupan Bom Letupan Bom Tak Bai Mangsa Letupan Bom Dapat Pampasan Kerajaan Thailand Mejar Jeneral Prayong Kotsakha Muhammad Yusri Udin Narathiwat Pampasan Tabung Khas Kerajaan Thailand Tak Bai Thailand
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.