Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Mana Lebih Pantas? Kawasaki Ninja ZX-25R, Ninja 250SL atau Honda CBR250RR?
Roda2

Mana Lebih Pantas? Kawasaki Ninja ZX-25R, Ninja 250SL atau Honda CBR250RR?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PRODUK sportbike suku liter 4-silinder kini menjadi topik hangat di negara jiran, Indonesia. Kehadiran Kawasaki Ninja ZX-25R membuatkan ramai teruja dan tertanya mengenai kemampuan model berkenaan. Adakah lebih laju berbanding jentera 1- atau 2-silinder?

Bagi menjawab persoalan itu, portal automotif negara seberang membuat perbandingan menggunakan alatan race logic antara Kawasaki Ninja ZX-25R, Ninja 250SL dan Honda CBR250RR.

BACA >>> Kawasaki Thailand Lancar Ninja ZX-25R, Cuma Satu Varian SE ABS, Harga RM36k

Kawasaki Ninja ZX-25R
Kawasaki Ninja 250SL
Honda CBR250RR

Spesifikasi kuasa Ninja ZX-25R memang mantap. Namun ada dua isu yang meragukan iaitu karakter 4-silinder yang dikatakan ‘lemau’ atau kurang bertenaga pada rev rendah, dan ditambah berat mencapai 182kg.

Model sejenama Ninja 250SL memiliki berat 151kg (beza 31kg!) dengan kuasa 26hp dan tork 22.6Nm @8200rpm. Model pesaing Honda CBR250RR pula memiliki kuasa 38.1hp dan tork 23.3Nm dengan berat 168kg.

Dari segi tork, CBR250RR lebih tinggi daripada Ninja ZX-25R. Berat lebih ringan dan kuasa pula dapat dicapai pada rev lebih rendah. Adakah angka itu sudah cukup menidakkan prestasi Ninja ZX-25R dengan menggunakan peranti ukur RaceLogic?

BACA >>> 14 Fakta Pantas: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Lancar, Harga Mula RM28k Sahaja!

Berikut hasil perbandingan menggunakan peranti RaceLogic V-Box ke atas tiga model bersesaran sama itu. Data dicapai dengan peranti dan penunggang sama.

KAWASAKI NINJA 250SL
  • 0-60kmj: 3.34 saat
  • 0-100kmj: 8.10 saat
HONDA CBR250RR
  • 0-60kmj: 3.36 saat
  • 0-100kmj: 7.38 saat
KAWASAKI NINJA ZX-25R
  • 0-60kmj: 3.47 saat
  • 0-100kmj: 6.23 saat

RINGKASAN KEPUTUSAN


Faktor berat dan jumlah silinder memang mempengaruhi prestasi rev rendah ZX-25R, tetapi tidak signifikan kerana angka rekod masih dalam julat tiga saat seperti pesaing lain, cuma berbeza angka belakang. Bagaimanapun, jurang angka berubah apabila melibatkan pecutan 0-100kmj.

Enjin 4-silinder ZX-25R memiliki putaran atas hingga 18,000rpm, hasil kombinasi Kawasaki Quick Shifter (KQS) yang membolehkan hantaran kuasa berterusan dicapai tanpa penurunan kuasa. Ninja ZX-25R mampu mencapai kelajuan 100kmj sepantas 6.23 saat, iaitu perbezaan ~2 saat (Ninja 250SL) dan ~1 saat (CBR250RR).

Kunci utama pecutan adalah saiz sproket belakang besar mencapai 48 dengan gabungan KQS hingga meminimumkan penurunan kuasa ketika berlaku anjakan gear. Kawasaki lebih fokus pada tork dan tidak peduli tentang kelajuan maksimum. Namun perbandingan ini bukanlah sesuatu yang rasional secara ‘apple to apple’ kerana faktanya 4-silinder tidak boleh dibandingkan dengan 2-silinder.

BACA >>> Young Machine Lakar Imej Bayangan Honda CBR250RR-R dengan Enjin 4-Silinder

SUMBER: IwanBanaran

Honda Honda CBR250RR Kawasaki KAWASAKI NINJA 250SL Kawasaki Ninja ZX-25R Kawasaki ZX-25R roda2 sportbike Sportbike Suku Liter
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.