Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Malaysia Autoshow 2024 Kembali Tahun Depan, Lebih Besar dengan 160 Pempamer !
Auto Terkini

Malaysia Autoshow 2024 Kembali Tahun Depan, Lebih Besar dengan 160 Pempamer !

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize13/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MALAYSIA Autoshow 2024 bakal kembali pada 22 hingga 26 Mei 2024, di Taman Ekspo Agro Malaysia (MAEPS) Serdang dan akan diperluas ke IOI City Mall bagi memberikan pengalaman lebih besar kepada pengunjung.

Acara permotoran edisi ketujuh itu dianjurkan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) yang bakal mempamerkan kenderaan terbaharu di pasaran, membabitkan model enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik (EV).

Sempena Malaysia Autoshow 2024, lebih banyak pengeluar automotif akan menyertai pameran tersebut berikutan peningkatan keluasan ruang pameran daripada 30,000 meter persegi kepada 40,000 meter persegi.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz pada majlis pra-pelancaran berkata, melalui Dasar Automotif Negara (NAP) 2020, dasar itu menyediakan industri automotif tempatan hala tuju jelas untuk persiapan masa depan melalui pembangunan kenderaan generasi seterusnya (NxGV).

Barisan NxGV adalah termasuk EV yang cekap tenaga dan mesra alam, selaras pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

Sempena Malaysia Autoshow 2024, empat dewan (Dewan A, A1, A2 dan B) akan mempamerkan kenderaan terbaharu di Malaysia, termasuk model cekap tenaga (EEV) terkini. Pelawat juga ditawarkan pakej dan tawaran istimewa, serta pakej kewangan khas melalui rakan kongsi bank terlibat.

Sementara itu, Dewan C dan D akan mempamerkan kenderaan dua roda yang menjadi tambahan penting kepada acara 2024 dengan dua dewan dipenuhi model motosikal sama ada trenkuasa ICE atau elektrik.

Malaysia Autoshow 2024 juga akan diperluas ke IOI City Mall, Putrajaya, untuk membolehkan lebih banyak ruang pameran selain menambah baik aliran trafik keseluruhan keluar masuk pameran.

Pengunjung kini boleh memilih sama memarkir kenderaan di MAEPS atau IOI City Mall, yang mana perkhidmatan ulang-alik percuma akan disediakan untuk mengangkut pelawat lokasi acara selepas membeli tiket di ruang legar utama.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MARii, Azrul Reza Aziz dalam ucapan berkata, berdasarkan pencapaian masa lalu, Malaysia Autoshow 2024 bersedia menjadi satu lagi acara penting susulan edisi tahun ini yang membawa masuk potensi jualan bernilai RM1 bilion, dengan hampir 200,000 pengunjung hadir sepanjang acara empat hari tersebut.

Acara itu juga menampilkan sembilan pelancaran kereta dan motosikal baharu, mempamerkan lebih 300 kenderaan (30 jenama kereta dan 50 jenama motosikal), termasuk aksesori dan produk teknologi termaju kenderaan.

Sempena tahun depan pula, 160 pempamer disasarkan untuk menyertai Malaysia Autoshow 2024, dan sehingga kini, 70 peratus slot diberikan sudahpun diisi.

Antara jenama bakal menyertai Malaysia Autoshow 2024 ialah Bufori, Proton, Toyota, GWM, BMW, Perodua, Suzuki, Chery, Nissan, Neta, Peugeot, Kove, Boon Siew Honda, MForce, Volvo dan Appolen.

Azrul Reza berkata, Malaysia Autoshow 2024 juga akan memanfaatkan sepenuhnya kawasan luar dan rupa bumi MAEPS bagi membolehkan pengalaman membeli kereta sepenuhnya buat pengunjung, seperti:

  • Tiga laluan pandu uji merentasi keseluruhan 18km untuk membolehkan pengunjung pameran mengalami sepenuhnya kereta diuji. Antara laluan dikhaskan adalah untuk sesi pandu uji prestasi tinggi
  • Penggunaan penuh ruang pameran menampilkan aksesori kenderaan untuk pasaran selepas jualan (aftermarket), lelongan kereta dan hiburan keluarga.
  • Pameran menampilkan pelbagai aksesori kereta bagi memenuhi keperluan individu yang mencari peningkatan keselamatan dan prestasi.
  • Kawasan khusus itu bukan saja mempamerkan pelbagai alat ganti dan komponen, tetapi juga menyerlahkan aksesori kenderaan elektrik (EV) dan port pengecas EV.
  • Ada aktiviti menyeronokkan buat seisi keluarga di Laman Ketibaan.
  • Pelbagai hidangan kulinari di Festival Auto Gourmet Antarabangsa.

Malaysia Autoshow 2024 dijangka menarik 250,000 pengunjung, berdasarkan sasaran penganjuran yang bukan sekadar acara untuk mereka yang sukakan keselamatan dan teknologi automotif terkini, tetapi juga pengunjung yang mahukan pengalaman menarik untuk seisi keluarga.

Tiket dijual bermula 12 Disember 2023 di www.autoshow.my.

BACA >>> 200k Pengunjung Bakal Hadiri Malaysia Autoshow 2023, Ada Model Bakal Lancar?
BACA >>> Selepas Tiga Tahun, Malaysia Autoshow 2023 Kembali Mei Ini di MAEPS!

Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI) Malaysia Autoshow 2024 Taman Ekspo Agro Malaysia (MAEPS) Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    29/05/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.