Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»5 Perkara Perlu Tahu Sebelum Beli Motosikal Pertama
Roda2

5 Perkara Perlu Tahu Sebelum Beli Motosikal Pertama

Han OthmanBy Han Othman30/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA banyak sebab seseorang itu menunggang motosikal, dan setiap orang ada alasan tersendiri. Bagi kebanyakan pengguna, motosikal adalah antara medium pengangkutan paling murah dari segi kos bahan api dan penyenggaraan, termasuk parkir dan tol.

Ada yang menunggang motosikal kerana mahu menjimatkan masa kerana saiz fizikal kenderaan itu mampu mengelak kesesakan jalan raya. Tidak kurang juga yang memilih motosikal sebagai satu gaya hidup, mahu rasa cool, lebih thrill dan ada fiil.

Apapun alasan anda bermotosikal, artikel kali ini akan membincangkan mengenai apakah jenis motosikal pertama patut anda dibeli? Apakah kriteria penting perlu diketahui?

Lain orang, lain jenis motosikal yang patut dibelinya. Di bawah ini kami senaraikan 5 kriteria patut dipertimbangkan apabila mahu membeli motosikal pertama anda:

1. TUJUAN

Ini ialah kriteria utama. Apakah tujuan anda bermotosikal? Apakah ulang alik ke tempat kerja setiap hari? Ataupun sekadar bersantai pada hari minggu? Ataupun untuk aktiviti lasak? Secara praktikal, motosikal yang sesuai bagi tujuan ulang alik kerja seharusnya sebuah motosikal yang ekonomi atau jimat minyak. Secara teori, motosikal jimat minyak ialah jentera berenjin sesaran kecil sekitar 150cc ke bawah.

Jika destinasi tunggangan anda cuma dalam bandar yang sinonim dengan masalah kesesakan lalu lintas, anda perlu pula mengambil kira membeli sebuah motosikal bersaiz kecil atau ringan supaya mudah dikawal.

2. JARAK TUNGGANGAN

Jarak tunggang juga mempengaruhi jenis motosikal pertama yang anda patut dibeli. Semakin jauh jarak destinasi tujuan, anda memerlukan sebuah motosikal bersesaran besar, sekitar 250cc ke atas. Sila pertimbangkan motosikal jenis sport dengan posisi tunggang gaya menunduk, ataupun motosikal cruiser atau skuter cc besar yang disertakan visor pemesong angin (wind deflector).

Motosikal berenjin besar mampu mengurangkan keletihan menunggang kerana menawarkan kestabilan casis dan lebihan kuasa enjin, termasuk meminimumkan stres ke atas enjin kerana perlu memecut dalam kelajuan tinggi dalam jangka masa lama.

BACA >>> Inilah 5 Realiti Sebenar Tentang ‘Superbike 250cc’ yang Nubis Perlu Tahu

3. JENIS TRANSMISI

Secara ringkas berasaskan pasaran semasa di Malaysia, ada tiga jenis transmisi motosikal yang perlu anda pertimbangkan:

  • KLAC MANUAL (lihat gambar) – Anda perlu menukar gear (di kaki) dengan menarik tuas klac menggunakan tangan kiri pada tahap kelajuan tertentu.
  • KLAC AUTOMATIK – Masih perlu menukar gear (biasanya di kaki) kerana klac ditukar automatik dan tiada tuas klac perlu ditarik. Di Malaysia, motosikal klac automatik biasanya daripada jenis kapcai atau moped.
  • AUTOMATIK – Cuma pulas saja terotel dan kawal brek. Hampir semua motosikal jenis skuter menggunakan transmisi jenis ini. Ada juga motosikal jenis cruiser atau sport menggunakan transmisi automatik, tetapi rata-ratanya versi ubah suai atau eksotik.

Jenis transmisi adalah fleksibel dan tidak banyak menjejaskan aspek pemilihan motosikal. Terpulanglah kepada keselesaan anda.

4. PENAMPILAN FIZIKAL DIRI

Kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Bentuk fizikal anda juga menentukan jenis motosikal pertama yang patut anda miliki. Bagi penunggang perempuan, seeloknya pilih motosikal jenis skuter atau kapcai supaya lebih mudah dikawal kerana berat badan jentera yang ringan.

Begitu juga jika anda memiliki ketinggian yang rendah, anda seeloknya membeli motosikal yang tidak melampau tinggi. Apatah lagi jika motosikal itu digunakan dalam bandar yang memerlukan anda kerap berhenti dan bergerak.

Jika anda bertubuh gempal atau berperut buncit, motosikal jenis superbike atau sportbike dengan posisi tunggang yang agak menunduk akan membuatkan anda kurang selesa. Anda ada dua pilihan, iaitu beralih kepada jenis motosikal lain, misalnya jenis street, touring atau cruise, ataupun pilihan kedua, kuruskan badan.

5. BAJET

Jika semua kriteria di atas sudah anda tetapkan, inilah penentu utama bagi jenis motosikal pertama anda. Semakin besar bajet anda semakin banyak pilihan motosikal yang boleh dibeli. Kalau bajet ‘ciput’, pilihan anda agak terbatas kerana terhad kepada motosikal bersesaran kecil.

Pandangan kami, anda memerlukan sekurang-kurangnya bajet sekitar RM15,000 untuk mendapat lebih kebebasan memilih jenis dan variasi motosikal mengikut saranan di atas. Kata orang alah membeli, menang memakai. Tidak salah bersabar dan mula menabung sekarang kerana pelaburan ke atas kenderaan bukanlah sehari dua, tetapi bertahun lama. Pastikan pembelian anda berbaloi.


Apa saja saranan di atas, segalanya adalah terpulang kepada pilihan anda kerana anda jugalah yang akan menunggang motosikal idaman itu.  Janganlah apabila duit sudah dibayar dan beberapa minggu selepas itu mula mengeluh serta menyesal kerana motosikal yang dibeli tidak selesa dibawa.

Ingat, semua panduan di atas saling berkait dan mempengaruhi jenis motor yang bakal anda beli. Dan tidak semua orang sesuai menunggang jenis motosikal tertentu. Selesa bagi mereka, belum tentu selesa bagi kita. 😉

BACA >>> #ApaNakBuat: 10 Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Motosikal

beli motosikal pertama cara pilih motosikal roda2 tip beli motosikal pertama
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Royal Alloy Gran Turismo Debut Di Malaysia – Skuter Retro Moden Dari RM9.8k

27/04/2026
Roda2

TPM Rasmi Route 77 Harley-Davidson KL Dengan Barisan Touring, Cruiser 2026

28/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

23/04/2026
Roda2

Yamaha TMAX Tech Max Kini Dalam Crystal Graphite – Maxi Scooter Premium Dari RM75,888

23/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Helmet YOHE lancar di Malaysia
Aksesori

YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

By Syafie21/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.