Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MAA: “Tiada Ahli Kami Dipanggil Dakwaan Kes Rasuah MARii”
Auto Terkini

MAA: “Tiada Ahli Kami Dipanggil Dakwaan Kes Rasuah MARii”

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERSATUAN Automotif Malaysia (MAA) mengesahkan tiada mana-mana ahli persatuan itu dipanggil untuk soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu dakwaan rasuah membabitkan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad mengesahkan perkara itu ketika diajukan soalan mengenai kes tersebut dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan MAA di Petaling Jaya, hari ini.

BACA >>> MARii, Emerald Jalin Kerjasama Strategik untuk Program Pakar Sistem Brek (BSE)
BACA >>> MARii, CATARC, DRB-Hicom dan Proton Meterai Kerjasama Bangunkan Hab NxGV

Datuk Aishah berkata;

Setakat ini, kami juga mendengar berita mengenainya secara atas talian semalam. Tiada sesiapa dipanggil (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM) untuk soal siasat setakat ini.”

Semalam portal BebasNews.my mendedahkan seramai sembilan individu, termasuk individu bergelar Datuk ditahan reman untuk membantu siasatan nilai projek berjumlah RM85 juta membabitkan sebuah institut berkaitan automotif termpatan.

Portal itu memetik sumber yang mendakwa semua tertuduh, termasuk seorang wanita dipercayai ditahan petang kelmarin di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. Semua ditahan ialah empat pemilik syarikat dan masing-masing seorang penasihat perubatan, akauntan, pengarah syarikat, Ketua Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi (CEO).

BACA >>> Azmin: Kerajaan Akan Teruskan Projek Kereta Nasional Ketiga
BACA >>> Model Pertama Kereta Nasional Baharu Akan Lancar Mac 2021, Sedan Segmen-C Hibrid?

Perintah reman antara tiga hingga enam hari bermula semalam dikeluarkan Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim ke atas semua suspek berusia dalam lingkungan 34 hingga 58 tahun di Mahkamah Majistret, Putrajaya (semalam).

Sumber berkata, dua suspek lelaki direman enam hari dipercayai meminta dan menerima suapan lebih RM14.9 juta daripada tiga lagi suspek sebagai balasan membantu syarikat milik mereka mendapatkan geran menerusi tiga syarikat lain antara 2018 hingga 2020.

ORANG KUAT MARii

BebasNews semalam memetik sumber melaporkan ‘orang kuat’ MARii, Datuk Madani Sahari dan beberapa pegawai lain bakal ditahan reman selepas SPRM melakukan serbuah ke atas institut berkenaan, kelmarin.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM,  Datuk Tan Kang Sai dikatakan mengesahkan tangkapan dan reman tersebut. Semua suspek dilaporkan ditahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Datuk Aishah Ahmad Datuk Madani Sahari Marii Datuk Tan Kang Sai Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tuan Shah Wira Abdul Halim
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.