• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MARii, Emerald Jalin Kerjasama Strategik untuk Program Pakar Sistem Brek (BSE)

MARii, Emerald Jalin Kerjasama Strategik untuk Program Pakar Sistem Brek (BSE)

November 29, 2019 By admin.pandulaju Leave a Comment

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INSTITUT Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Emerald Auto Parts Sdn Bhd (Emerald) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama strategik untuk Program Pakar Sistem Brek (BSE) dalam usaha  meningkatkan perkongsian pengetahuan dalam sektor aftermarket automotif Malaysia.

MoU ini mensasarkan perkongsian kepakaran teknikal mengenai sistem brek bagi meningkatkan perniagaan aftermarket di Malaysia yang melibatkan pemilik bengkel, pengedar alat ganti dan pengedar kenderaan.

DUDUK DARI KIRI: Timbalan CEO MaRii, Azhar Taib, dan Pengarah Urusan Emerald, Hong Lee Ching. BERDIRI DARI KIRI: Ketua Pegawai Teknikal MaRii, Nizmar Mohd Nazar, Timbalan Menteri MITI, Dr Ong Kian Ming (tengah), dan Pengarah Emerald, Sharon Wee.

Upacara menandatangani dilakukan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MaRii, Azhar Taib dan Pengarah Urusan Emerald, Hong Lee Ching sambil disaksikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam majlis khas yang berlangsung di MiTi, Kuala Lumpur, 26 November lalu.

Azhar berkata;

Program BSE akan menambah dimensi baru bagi meningkatkan operasi perniagaan dan kepakaran dalam komuniti aftermarket, terutama dalam aspek keselamatan utama untuk brek.

“Subjek brek tidak patut diambil mudah, kerana ia komponen utama ketika berlaku kecemasan atas jalan, dan mampu menyelamatkan nyawa dalam situasi tidak dijangka."

Emerald adalah pengedar eksklusif Brembo, iaitu jenama sistem brek automotif terkenal dunia, yang juga terbabit dalam program kajian dan pembangunan (R&D), termasuk latihan dalam industri sistem brek.

Brembo pula diwakili Pengarah Pemasaran Global Brembo, Marco Moretti, Pengurus Besar Brembo Asia Pasifik, Eric Ni dan Pengurus Komersil Brembo Asia Pasifik, Xu Wei.

BACA >>> #TahukahAnda: 3 Punca Brek Kereta Kurang Cengkaman dan Cara Atasinya

Artikel Berkaitan

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Braking System Expert Program, brek, Brek Brembo, Brembo, Emerald Auto Parts Sdn Bhd, Institut Automotif, MARii, memorandum persefahaman (MoU), Program Pakar Sistem Brek (BSE), Robotik dan IoT Malaysia (MARii)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Drive Shaft Lori Tertinggal , Dilanggar Kereta Belakang Sampai Rim Pecah
    Drive Shaft Lori Tertinggal , Dilanggar Kereta Belakang Sampai Rim Pecah
  • Simple One (2023) - Skuter Elektrik Paling Jauh Tunggang di India, 212km Sekali Cas
    Simple One (2023) - Skuter Elektrik Paling Jauh Tunggang di India, 212km Sekali Cas
  • Pemandu HR-V Merah Samseng Akhirnya Kena Saman
    Pemandu HR-V Merah Samseng Akhirnya Kena Saman
  • Harley-Davidson X440 (2023) Buatan India Lancar 4 Julai, Anggaran Harga RM15k!
    Harley-Davidson X440 (2023) Buatan India Lancar 4 Julai, Anggaran Harga RM15k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my