Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lori Hilang Kawalan Rempuh 7 Kenderaan di Taiping, Empat Orang Cedera
Auto Terkini

Lori Hilang Kawalan Rempuh 7 Kenderaan di Taiping, Empat Orang Cedera

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEBUAH lori yang membawa muatan barang runcit dilaporkan hilang kawalan lalu merempuh tujuh kenderaan lain di Kilometer 81.5 Jalan Ipoh-Butterworth dekat Taiping, Perak semalam.

Lori jenis HINO itu datang dari arah Kamunting dan dalam perjalanan ke Kuala Kangsar dilaporkan merempuh enam kereta dan sebuah skuter yang berhenti di satu kawasan lampu isyarat.

BACA >>> Brek Buat Hal, Lori Rempuh 9 Kenderaan, 3 Cedera di Lebuh Raya ELITE
BACA >>> Video Lori Mengundur Sebab Brek Rosak, Drebar Nekad Langgar Pokok untuk Berhenti

Siasatan Polis mendapati tayar belakang sebelah kiri pecah dan lori tersebut mempunyai masalah brek, menyebabkan rempuhan berlaku sekitar jam 7 pagi.

Seramai empat individu dilaporkan cedera akibat kemalangan tersebut. Pemandu lori dan tiga lagi pemandu tidak mengalami kecederaan.

Semua kenderaan termasuk motosikal dilaporkan rosak. Antara kenderaan dirempuh termasuk Perodua Myvi (dua unit), Proton Wira, Perodua Axia, Proton Saga, Toyota Wald dan skuter Yamaha Ego.

Ujian saringan urin pemandu lori (lelaki berumur 41 tahun) didapati negatif dadah. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: Bomba Taiping | Harian Metro | Peraktastic

autoterkini Bomba Taiping Kemalangan Lori Masalah Brek Lori Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 Taiping
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam21/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.