Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lorenzo: Saingan MotoGP Sudah Tak Sepanas Dulu
Auto Terkini

Lorenzo: Saingan MotoGP Sudah Tak Sepanas Dulu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETIKA saingan dalam MotoGP semakin sengit, peminat menganggap kejuaraan dunia itu sudah ketandusan watak dan personaliti besar, termasuk perseteruan satu lawan satu seperti suatu masa lalu.

Juara dunia lima kali, termasuk tiga kali kelas premier Jorge Lorenzo yang pernah menjadi tumpuan saingan satu lawan satu dan ‘perang’ di luar litar dengan juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi mengakui peredaran masa mengubah segalanya.

BACA >>> Lorenzo Kecewa Aksi Rossi di Qatar, Yakin Bangkit di Jerez
BACA >>> Lorenzo Mahu Lupakan Kisah Sepang 2015, Akui Tidak Bermusuh dengan Rossi

Lorenzo memberitahu CycleWorld;

Sekarang ni, semua rider nampak macam kengkawan je. Tapi  (Fabio) Quartararo tak borak dengan (Francesco) Bagnaia macam aku dengan Rossi dulu. Pecco pula tak sembang dengan (Jorge) Martin macam Rossi dengan (Casey) Stoner. Sekarang depa semua ada hubungan baik.”

Beliau juga merasakan trend menjaga hubungan baik sesama pelumba itu ada kaitan dengan ‘usaha mengumpul banyak jumlah likes di Instagram’.

Pada masa sama, Lorenzo mengakui strategi tersebut memang ‘antara pendekatan baik dalam bidang sukan’. Namun, beliau berpendapat semangat saingan sengit atau perseteruan dalam sukan bermotor mampu memberikan suasana ekstra buat peminat.

Katanya lagi;

Aku memang ada respek tinggi kepada semua rider, tapi saingan brutal selalunya membangkitkan semangat peminat. Aku masih ingat jelingan bengang Gibernau kat Rossi masa di Jerez 2015, begitu  juga saingan antara Rossi dan Stoner, atau Rossi dan Biaggi. Kehangatan saingan itu jelas terasa.

“Sama macam Formula Satu (F1) menerusi saingan (Lewis) Hamilton lawan (Max) Verstappen, atau Verstappen dengan (Charles) Leclerc.”

BACA >>> Apa Kata Rossi Tentang Lorenzo yang Kini Jadi Jurulatih Yamaha

LORENZO VS ROSSI

Lorenzo pernah terhumban dalam perseteruan paling sengit dalam MotoGP apabila menyertai kelas premier sebagai rakan sepasukan Rossi bersama Yamaha pada 2008.

Beliau meluahkan;

Memang payah. Tanpa personaliti kuat, aku mungkin kalah secara psikologi sebab Rossi memang dapat perhatian. Semua orang sayang dia dan buatkan  aku rasa kecil je.

“Tapi aku tetap nekad. Sebaik saja aku turunkan visor, sasaran aku adalah buka terotel dan capai kemenangan. Kalahkan Rossi dengan motor sama memang beri aku banyak kepuasan dan populariti.”

BACA >>> Rossi: Sudah Cukup Bagus Kalau Dapat Saing Sebelah Marquez

KONTROVERSI MOTOGP 2015

Lorenzo memenangi MotoGP pada 2010, 2012 dan 2015 dengan kemenangan terakhir menjadi kontroversi berikutan dakwaan Rossi mengenai tindakan Marquez membantu kemenangan pelumba pelumba kedua Yamaha itu.

Lorenzo menjelaskan;

Tahun itu (2015), aku boleh juara dengan mudah sebab aku memang laju, tapi macam biasa mesti ada sesuatu berlaku pada hari perlumbaan.

“Misalnya masalah visor, dan hujan hari Ahad selepas cuaca kering hujung minggu di Silverstone. Walaupun ada kelebihan kelajuan, ia masih musim yang payah. Banyak benda jadi, tapi cerita Rossi-Marquez di Argentina tu paling penting.

“Rossi bertanggungjawab dengan kemalangan Marquez, tapi dia tak mau minta maaf walaupun selepas habis racing. Itu buatkan Marquez rasa macam tak best.

“Aku rasa alasan Rossi tu mungkin boleh ubah banyak benda. Marquez pun tak mau aku menang musim itu, dan kami pun bukan berkawan.”

BACA >>> Puig: Apa Guna Jadi Juara Dunia Tanpa Cabaran Marquez
BACA >>> Lorenzo, Biaggi Kritik Yamaha, Morbidelli Patut Dapat Jentera Lebih Baik
BACA >>> “Rossi Tiru Aku Bila Dia Kembali kepada Yamaha” – Jorge Lorenzo

SUMBER: Crash

Jorge Lorenzo Kejuaraan Dunia MotoGP Kisah MotoGP 2015 Marc Marquez MotoGP roda2 sukan permotoran Valentino Rossi
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    26/06/2026
    Marc Marquez menang MotoGP Hungary 2025
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marc Marquez Sambung Kontrak Dua Tahun Lagi Bersama Ducati

    26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.