Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT Lulus Lapan Cawangan PPKM Baharu Bagi Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan
Auto Terkini

MOT Lulus Lapan Cawangan PPKM Baharu Bagi Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan

SyafieBy Syafie26/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) meluluskan lapan cawangan baharu Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) bagi urusan Pemeriksaan Tukar Hak Milik Persendirian (M.V.15) yang akan mula beroperasi serentak bermula 16 Jun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu merupakan sebahagian reformasi sistem pemeriksaan kenderaan selepas tamatnya konsesi monopoli Puspakom pada tahun 2024.

8 Lokasi Baharu Seluruh Negara

Pusat pemeriksaan mini kendalian Carro Teknology Sdn. Bhd. itu akan mula beroperasi di:

  • Glenmarie
  • Wangsa Melawati
  • Kajang
  • Klang
  • Bayan Lepas
  • Melaka
  • Muar
  • Johor Bahru

Menurut Anthony Loke, sebelum ini semua pemeriksaan kenderaan termasuk urusan tukar hak milik hanya boleh dilakukan di pusat pemeriksaan Puspakom.

Keadaan itu menyebabkan pengguna sering berdepan kesesakan dan kelewatan kerana tiada alternatif lain.

Pemeriksaan Asas, Proses Lebih Cepat

Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom

Katanya, pusat pemeriksaan mini tersebut hanya melibatkan pemeriksaan asas kenderaan persendirian seperti:

  • Nombor casis
  • Nombor enjin
  • Status kereta potong
  • Pemeriksaan cermin gelap

Konsep pusat mini itu juga lebih kecil dan mudah diakses kerana boleh dibuka di kawasan komuniti serta pusat perniagaan biasa.

Pengguna hanya perlu membuat tempahan secara dalam talian sebelum hadir ke pusat pemeriksaan dan keseluruhan proses dijangka mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit sahaja.

Caj Kekal RM37.80

Anthony Loke turut menjelaskan caj pemeriksaan masih kekal sama seperti di Puspakom iaitu sekitar RM37.80 termasuk SST kerana kadar tersebut masih dikawal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam masa sama, beliau menegaskan semua syarikat yang menerima lesen akan diaudit secara berkala dan lesen boleh ditarik balik sekiranya gagal mematuhi piawaian keselamatan serta integriti ditetapkan JPJ.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini carro Kementerian Pengangkutan (MOT) Pemeriksaan Tukar Hak Milik Persendirian (M.V.15) Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.