• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Rossi: Sudah Cukup Bagus Kalau Dapat Saing Sebelah Marquez

Rossi: Sudah Cukup Bagus Kalau Dapat Saing Sebelah Marquez

April 15, 2019 By AI Leave a Comment

269
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VALENTINO Rossi tidak pernah bermula di petak depan di litar lumba Amerika Syarikat (AS) sejak 2009. Tahun itu beliau berlumba di Laguna Seca dan Austin tanpa melakukan sebarang kesilapan, tetapi masih berada di belakang seterunya, Marc Marquez.

Walaupun tidak berpuas hati, tetapi inilah asam garam seorang pelumba. Ada masa di depan, dan ada masa di belakang. Namun siapa sangka Rossi akhirnya mengatasi Marquez selepas lawannya itu terjatuh.

BACA>>>Marc Marquez: Mustahil Rossi Jadi Kawan Saya

Berikut temu bual media dengan Rossi sebelum aksi GP Amerika beberapa hari lalu;

Adakah anda pasti dapat kalahkan Marquez?

Memang hebat kalau mampu kalahkan Marc (Marquez), tetapi jika dibandingkan beberapa tahun lalu, perbezaan semakin kurang tetapi dia masih terpantas. Ia sudah cukup bagus kalau dapat bersaing sebelah dia. Tetapi masih ramai penunggang laju macam Vinales. Jadi saya akan cuba pastikan berada di depan dia.

Adakah memanaskan badan penting?

Tentu sekali, terutama pemilihan tayar. Saya boleh gunakan tayar lembut atau medium di depan, malah gunakan semua tiga pilihan untuk tayar belakang.

Yamaha nampaknya di landasan betul?

Kami bekerja dengan baik untuk kedua-dua bahagian, motor dan tayar. Ia berlaku sejak perlumbaan di Argentina yang saya lebih kompetitif di setiap selekoh.

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Cara Rossi Berlatih, Memang Tiada Beza Macam Pelumba Muda!

Ahli fisioterapi anda berada di padok, ada apa-apa berlaku?

Pada FP4, bahu saya sedikit sakit, mungkin tidak panaskan badan dengan betul selepas terlepas latihan sebelah pagi. Tetapi kini semua sudah pulih.

Lubang ialah masalah untuk semua orang, tetapi M1 nampaknya melakukan tugas dengan baik.

Salah satu faktor penting ialah motosikal kami cukup stabil dan kami begitu serasi dengan litar. Inilah aspek penting.

BACA >>> #MotoGP2019: Rins Beri Podium Pertama untuk Suzuki, Marquez Tergolek, Rossi Berbisa

Kenny Roberts berada di padok dan dia masih lagi sihat dan kuat. Adakah anda dapat melakukan perkara sama pada usia beliau?

Kenny ialah nama besar dalam arena motosikal kerana dia lakukan sesuatu yang istimewa. Dia salah seorang hero ayah saya. Apabila tiba di Eropah, dia mengubah dan mengajar saya dengan gaya tunggangan baharu yang berbeza dengan orang lain.

BACA >>> #RetroAuto: Kenny Roberts - Pelumba GP Legenda yang Cipta Skil Seret Lutut

Saya masih ingat lagi pada 2009 di Indianapolis, dia masih lincah menunggang Yamaha 760, 2 lejang di litar rata. Menunggang seperti dia pada usia 60? Mungkin ya (sambil ketawa).

SUMBER: GPOne

269
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2019 MotoGP, GP Amerika, Kenny Roberts, Marc Marquez, nombor MotoGP, sukan permotoran, Valention Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my