Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Lorenzo Jadi Penunggang Uji Yamaha M1?
Roda2

Lorenzo Jadi Penunggang Uji Yamaha M1?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JUARA dunia tiga kali, Jorge Lorenzo khabarnya akan kembali semula ke padok MotoGP. Namun kehadirannya itu nanti adalah tanpa tekanan kerja dan berita terbaharu itu semestinya menimbulkan pelbagai spekulasi. Apakah peranan sebenar Lorenzo selepas beliau mengumumkan persaraannya daripada MotoGP?

Ramai mengaitkan kemunculan semula beliau dengan bekas pasukannya, Yamaha. Menerusi TV Servus di Austria, pelumba Sepanyol itu pun masih belum pasti peranannya untuk musim 2020.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Lorenzo Bersara

Dah tentu aku akan kembali ke padok, tapi aku tak tau untuk buat apa lagi. Kami pasti akan jayakannya, mungkin aku akan cakap pasal tu tak lama lagi. Aku dah banyak mengembara, 17 tahun dalam hidup, selalu  di hotel sama, trek sama, tempat sama dan buat benda sama.

“Ada banyak tekanan, ada banyak kecederaan. Dan sentiasa pula cuba berikan yang terbaik walaupun dalam latihan. Aku selalu tengok diri aku sebagai seorang yang gembira dengan apa yang aku dibenarkan buat, apa yang aku suka, dan aku berjaya.

“Tetapi bila kau dapat peluang untuk hidup lebih bebas dan tenang, macam aku ada sekarang, kemudian kau ambil manfaat daripadanya dan nikmati apa yang ada tanpa tekanan, dan tengoklah apa yang hidup ini berikan.”

– JORGE LORENZO

PELUMBA RUJUKAN YAMAHA

Lorenzo boleh dikatakan pelumba rujukan Yamaha untuk jentera M1. Walaupun rookie Yamaha, Fabio Quartararo mengagumi  Valentino Rossi, tetapi pada masa sama dia juga mengakui terpesona dengan gaya tunggangan ‘butter hammer’ Lorenzo.

Malah, bekas pelumba satelit Yamaha, Johann Zarco pun pernah menjadikan Lorenzo sebagai pelumba rujukan dalam memahami jentera M1.

MAMPU BANTU PULIHKAN YAMAHA?

Lorenzo dan M1 seakan ada kimia tersendiri, kerana gabungan kedua-duanya nampak begitu padu satu sama lain. Ada menganggap Lorenzo akan menjadi penunggang pembangunan M1 yang mana kehilangan pelumba itu sebelum ini membuatkan Yamaha diibaratkan seperti kapal kehilangan nakhoda.

Yamaha kehilangan tetapan asas untuk dijadikan rujukan semua pelumba dan ini terjadi di semua trek. Yamaha juga pernah memperkenalkan pasukan ujian Eropah buat kali pertama tahun ini, dikendalikan bekas pelumba Tech3, Jonas Folger. Namun, Yamaha mengesahkan tidak meneruskannya kerana terikat kontrak.

Selepas itu, pasukan itu cuba beralih kepada Zarco untuk menjadikan dia sebagai penunggang uji Yamaha tahun depan, dan bekerjasama dengan bekas Ketua Krew Rossi, iaitu Silvano Galbusera. Bagaimanapun tawaran itu diketepikan Zarco selepas dia bersetuju berlumba tiga pusingan terakhir untuk LCR Honda bagi menggantikan Takaaki Nakagami yang cedera.

BACA >>> Rossi Puji Pelumba Muda MotoGP Kerana Cepat Sesuaikan Diri

Menariknya, Rossi pernah memuji Lorenzo dengan menyifatkan bekas rakan pasukannya itu sebagai pelumba yang sangat pantas dan dapat membantu Yamaha.

Jadi mungkinkah apa dimaksudkan Lorenzo dengan kembali semula ke padok adalah beliau akan menjadi penunggang uji Yamaha? Jika benar, ia pasti memantapkan lagi pasukan Yamaha kerana kedua-dua pihak ada sejarah panjang tersendiri. Lagipun, semua kejuaraan kelas premier (2010, 2012 dan 2015) yang diraih Lorenzo adalah ketika beliau menjadi pelumba Yamaha.

BACA >>> Rossi: Jentera Prototaip Yamaha M1 (2020) Bishe-Bishe Sahaja

SUMBER: Motorsport

2020 MotoGP Jorge Lorenzo MotoGP Pasukan Yamaha MotoGP roda2 Valentino Rossi Yamaha
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    03/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Roda2

    BMW S 1000 RR, M 1000 RR Terima Kemaskini Tahun 2027

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.