• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Rossi Puji Pelumba Muda MotoGP Kerana Cepat Sesuaikan Diri

November 13, 2019 By Aryon Leave a Comment


LEGENDA hidup, Valentino Rossi memuji pelumba MotoGP masa kini kerana memiliki keupayaan menyesuaikan diri walaupun perlu mematuhi peraturan dan kondisi trek yang semakin ketat dan mencabar.

Menurut Rossi, pelumba MotoGP hari ini lebih fleksibel dan mudah beradaptasi dengan peraturan baru, sekali gus membuatkan aksi perlumbaan kelas premier itu semakin sengit dan kompetitif.

BACA >>> Rossi Kesal Sia-Siakan 3 Kejuaraan, Mula Risau Marquez Samakan Rekod 9 Kali MotoGP

"Tahun ini gaya berlumba pelumba atasan menyaksikan peningkatan," kata Rossi dipetik Speedweek.

"Dengan adanya jentera baharu, enjin baharu, dan tayar berbeza, hang kena cuba cari gaya lumba baharu juga. Contohnya, untuk membrek, aku kena cari cara baru nak membrek.

"Tapi, aku juga cuba untuk tak  terlalu sagat tayar belakang," kata kekanda MotoGP itu yang bakal menginjak usia 41 tahun pada 2020.

Bercakap mengenai pasukan Yamaha, Rossi mendakwa jentera pengilang itu kini memang lebih kompetitif berbanding musim sebelum ini dan bersedia merebut cabaran pesaing lain.

"Yamaha kini menyaksikan sedikit peningkatan kemampuan enjin dan pecutan hingga jadi lebih kompetitif. Tapi kondisi tayar belakang memang lebih teruk daripada Honda dan Ducati," katanya.

Walaupun mengakui jentera Yamaha kini semakin baik, tetapi Rossi berpendapat masih ada penambahbaikan diperlukan pada aspek pecutan, terutama jalan lurus.

"Kami selalu hilang kelajuan atas trek lurus. Tapi secara umum, motor Yamaha memang baguih. Jadi kita pakat tengok sajalah boleh pi ka dak," ujar Rossi seraya memakai subang ke telinga.

BACA >>> Kisah Santi Hernandez, Mekanik Hebat untuk Marquez yang Pernah Bekerja dengan Rossi

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, MotoGP, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?

PANDU UJI

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

 PERCAYA atau tidak, Kia Grand Cranival 2.2L Turbo Diesel ini … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my