Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Little Joe, Harimau Malaya Jalin Kerjasama, Tawar Penyegar Udara Edisi Khas
Aksesori

Little Joe, Harimau Malaya Jalin Kerjasama, Tawar Penyegar Udara Edisi Khas

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPADA peminat Harimau Malaya, anda boleh terus menzahirkan sokongan terhadap skuad kebangsaan menerusi jenama penyegar udara terkenal Switzerland, Little Joe selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan jalinan kerjasama bersama syarikat itu, hari ini.

Penyegar udara kereta edisi khas Little Joe-Harimau Malaya berbentuk 3D adalah rekaan pertama di Malaysia, tidak menggunakan cecair pewangi dan dihasilkan di Itali.

Penyokong Harimau Malaya boleh mendapatkan penyegar udara kereta Little Joe ini, bermula hari ini.

Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran FAM, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, usaha sama terbaharu FAM ini menunjukkan industri bola sepak kini mampu memberi nilai komersial yang tinggi kepada barisan penaja.

Walaupun keadaan pandemik COVID-19 masih lagi melanda negara, nilai komersial yang boleh diberikan sukan bola sepak masih lagi mampu untuk menarik perhatian penaja.

“Kolaborasi pertama bersama Little Joe ini juga melambangkan syarikat korporat sudah mula memberi perhatian terhadap arena bola sepak di mana setiap pembelian produk Little Joe-Harimau Malaya ini akan disalurkan kepada pembangunan bola sepak negara,” katanya.

Jelas Shahril, ini selari visi Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang sering menggalakkan kolaborasi bersama jenama antarabangsa dan tempatan bagi meluaskan lagi jangkauan jenama Harimau Malaya.

Stuart pula menambah selepas pengumuman kerjasama bersama Al-Ikhsan Sports pada Jumaat lalu, kolaborasi bersama Little Joe dilihat sebagai alah satu usaha FAM memastikan peminat dapat membeli barangan dan produk rasmi FAM dengan lebih mudah.

Sempena Hari Kebangsaan hari ini, Little Joe menampilkan set kotak istimewa dengan koleksi barangan eksklusif Little Joe-Harimau Malaya:

  • Penyegar udara edisi khas Little Joe-Harimau Malaya
  • Kain mikrofiber dan baju t-shirt Little Joe-Harimau Malaya

Harga jualan RM149 dan boleh didapati menerusi laman e-dagang Shopee dan Lazada.

Bagi fasa pertama pengedaran penyegar udara kereta edisi terhad Little Joe-Harimau Malaya ini, peminat skuad kebangsaan boleh mendapatkan produk berkenaan menerusi:

  • Shopee dan Lazada pada harga RM24
  • Semua pam stesen minyak Petronas dan BHP bermula Oktober 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Little Joe Malaysia, Mohamad Farhan Mohd Fawzi meluahkan rasa berbesar hati atas jalinan kerjasama bersama badan induk bola sepak negara itu.

Little Joe Malaysia amat berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada   penyumbang dalam pembangunan bola sepak negara. Besar harapan kami agar penyegar udara jenama Little Joe ini akan tempat di hati setiap rakyat Malaysia.

Tambahnya lagi, untuk menjadikan produk ini lebih meriah di pasaran, Little Joe Malaysia akan menganjur pertandingan ‘Beli dan Menang’ bermula esok sehingga 16 September ini.

“Pemenang bertuah akan membawa pulang set eksklusif Little Joe-Harimau Malaya bernilai RM190 yang ditandatangani pemain skuad Harimau Malaya.”

Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin Datuk Seri Shahril Mokhtar Harimau Malaya Little Joe Little Joe-Harimau Malaya Mohamad Farhan Mohd Fawzi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.