Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

SyafieBy Syafie13/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGENDALI lebuh raya, Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) mengaktifkan sistem Smart Lane di beberapa seksyen terpilih bermula Khamis ini sebagai langkah mengurangkan kesesakan trafik waktu puncak pagi dan petang.

Pelaksanaan tersebut melibatkan laluan:

Arah Utara

  • KM1.0 hingga KM0.1
  • Dari Persimpangan Kajang Selatan (LEKAS) ke Persimpangan Kajang Perdana (SILK) menuju Putrajaya

Arah Selatan

  • KM0.0 hingga KM0.4
  • Dari Persimpangan Kajang Perdana (SILK) ke Persimpangan Kajang Selatan (LEKAS)

Kenyataan LEKAS berkata, pelaksanaan Smart Lane sudah mendapat kelulusan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pelan mitigasi bagi meningkatkan kelancaran trafik dan memperkukuh tahap keselamatan jalan raya di lokasi yang sering mengalami kesesakan.

Lorong Kecemasan Diguna Sementara

Sistem Smart Lane berfungsi mengoptimumkan penggunaan ruang jalan sedia ada dengan membenarkan penggunaan sementara lorong kecemasan sebagai lorong tambahan ketika waktu operasi tertentu.

Bagi memastikan keselamatan pengguna, LEKAS akan memasang:

  • Kon trafik di lokasi terpilih
  • Lampu amaran
  • Papan tanda panduan
  • Paparan ‘Smart Lane Mula’ dan ‘Smart Lane Tamat’
  • Lampu LED hijau menyala apabila lorong dibuka

Lorong kecemasan akan dikembalikan kepada fungsi asal di luar waktu operasi.

Kurangkan Weaving, Tingkat Kapasiti Jalan

Ketua Pegawai Operasi (CEO) LEKAS, Chua Lay Hoon berkata, pengaktifan Smart Lane mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam pengurusan trafik secara proaktif, terutama di kawasan persimpangan kritikal.

Ley Hoon berkata, penggunaan sementara lorong kecemasan dan penambahbaikan papan tanda destinasi disasarkan untuk:

  • Meningkatkan kapasiti jalan
  • Mengurangkan pergerakan silang (weaving)
  • Memperbaiki aliran trafik

Pelaksanaan tersebut akan dipantau dan dinilai berterusan bagi memastikan keberkesanan.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) Lebuhraya LEKAS LEKAS Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Smart Lane
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.