Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebuh Raya Trans Jawa (Seperti PLUS) di Indonesia Hampir Siap, Caj Tol RM138
Auto Terkini

Lebuh Raya Trans Jawa (Seperti PLUS) di Indonesia Hampir Siap, Caj Tol RM138

Han OthmanBy Han Othman05/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN Indonesia menerusi Presiden Joko Widodo pada 28 November lalu baru saja merasmikan tol Solo-Ngawi, iaitu sebahagian laluan lebuh raya Trans Jawa yang menyambungkan seluruh wilayah di Pulau Jawa dari Merak (barat) hingga Banyuwangi (timur). Projek lebuh raya  yang sedang giat dilaksanakan itu dijangka siap pertengahan bulan ini.

Lebuh raya tersebut akan memberikan akses pantas kepada penduduk yang berulang alik antara Jakarta dan Surabaya menerusi caj tol. Namun, masih ada beberapa tol yang belum siap sepenuhnya seperti di Pemalang-Batang, Batang-Semarang, Salatiga-Solo dan Wilangan-Kertosono (rujuk gambar bawah).

Jarak antara (barat) Merak dan Banyuwangi (timur) tidak kurang 1,150km yang menurut Kerajaan mengambil masa lebih kurang 10 jam jika memandu masuk dari Jakarta ke Surabaya. Namun masa tepat sukar diagak kerana masih ada beberapa tol masih belum beroperasi sepenuhnya.

Mengenai bayaran tol pula, caj dikenakan mengikut Kerajaan Indonesia ialah tidak kurang Rp600,000 (RM174). Namun itu cuma caj keseluruhan jika semua tol dibuka secara rasmi kerana ketika ini masih ada beberapa laluan tol yang boleh dilepasi pengguna tanpa bayaran.

BACA >>> Tol Memang Takkan Mansuh, Tapi Kerajaan Akan Cari Alternatif – Menteri Kerja Raya

Berikut tarif tol mengikut Badan Pengatur Jalan Tol (BPJT), iaitu badan di bawah seliaan Kerajaan Indonesia, sama fungsi seperti LLM di Malaysia, dan berkuasa menetapkan caj tol. Tarif diberikan dengan andaian pengguna memandu bermula tol Jakarta di tol dalam bandar, bukan laluan luar ibu kota Jakarta yang dipanggil Jalan Tol Lingkar Luar Jakarta (Jakarta Outer Ring Road – JORR).

  • Dalam Kota Jakarta-Cikarang Rp9,500 (RM2.80)
  • Cikarang Barat-Cikampek Rp10,500 (RM3)
  • Cikopo-Palimanan Rp102,000 (RM29)
  • Palimanan-Kanci Rp12,000 (RM3.40)
  • Kanci-Pejagan Rp29,000 (RM8.40)
  • Pejagan-Pemalang Rp57,500 (RM16.70)
  • Pemalang-Batang Rp5,500 (RM1.60)
  • Batang-Semarang (belum rasmi-percuma)
  • Semarang ABC (sistem terbuka) Rp5,000 (RM1.50)
  • Semarang-Solo Rp33,000 (RM9.60)
  • Solo-Ngawi Rp90,000 (RM26)
  • Ngawi-Kertosono Rp48,000 (RM13.90)
  • Kertosono-Mojokerto Rp46,000 (RM13.40)
  • Mojokerto-Surabaya Rp29,000 (RM8.40)
    JUMLAH: Rp 477,000 (RM138), tidak termasuk tol belum siap

Jakarta turut merancang membina beberapa kawasan istirahat dalam lebuh raya (sama seperti hentian sebelah atau Rehat dan Rawat (RnR) di Malaysia) selepas mengambil kira tempoh masa lama yang perlu dilalui pengguna sepanjang lebuh raya berkenaan.

Lebuh raya Trans Jawa ialah projek mega Kerajaan Indonesia yang cuba menghubungkan seluruh wilayah penting di pulau tersebut dalam satu jaringan lebuh raya bertol jenis capaian terkawal (controlled access), sama seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Malaysia.

BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Pan Borneo Free, Tapi PLUS Tak Boleh?

Selain memendekkan masa perjalanan, pertumbuhan ekonomi di setiap kawasan dalam jaringan laluan juga dijangka berkembang rancak melibatkan laluan yang saling berhubungan. Sebagai perbandingan, jarak lebuh raya Bukit Kayu Hitam di Kedah hingga Pasir Gudang, Johor ialah lebih kurang 823km.

Auto Terkini Indonesia Lebuh Raya Lebuh Raya Indonesia Lebuh Raya Trans Jawa Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) PLUS Presiden Joko Widodo Pulau Jawa
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.