• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tol Memang Takkan Mansuh, Tapi Kerajaan Akan Cari Alternatif - Menteri Kerja Raya

Tol Memang Takkan Mansuh, Tapi Kerajaan Akan Cari Alternatif - Menteri Kerja Raya

October 18, 2018 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


INILAH yang kita mahu, lebih baik berterus terang daripada bersilat kata-kata. Kalau boleh katakan boleh, kalau tidak katakan tidak.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian dipetik Astro Awani sebagai berkata, terpulang kepada rakyat untuk bermimpi melihat negara ini memiliki lebuh raya tanpa tol. Malah beliau menyatakan janji untuk memansuhkan tol sedia ada memang sukar dilaksanakan.

BACA >>> Mana Boleh Lebuh Raya Tak Ada Tol - Tun M

Menurut Bian, walaupun jelas manifesto Pakatan Harapan (PH) ada menyebut tentang pemansuhan tol seandainya berjaya memberntuk Kerajaan, tetapi keadaan fiskal buat masa ini tidak membenarkan janji itu dilaksanakan.

“Saya katakan sekali lagi, dasar kerajaan (PH) ini jelas, dan kita tak akan hapuskan tol sampai kewangan negara pulih ke sampai satu tahap sihat.

“Mengenai soalan dibangkitkan adakah rakyat ini bermimpi untuk melihat lebuh raya tanpa tol, itu terpulang...,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) pada sesi Dewan Rakyat di sini, hari ini.

CUBA CARI ALTERNATIF

Baru ketika ditanya Muslimin Yahaya (PH-Sungai Besar) tentang usaha dijalankan untuk merealisasikan janji pemansuhan tol itu, berkata, Kerajaan memang sedang melihat langkah alternatif yang mungkin boleh mengurangkan beban rakyat dalam isu tersebut.

“Dimaklumkan, Kerajaan sekarang ini tidak akan hapuskan tol. Tetapi kita masih dalam perbincangan, di mana kita mencari alternatif.

BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Pan Borneo Free, Tapi PLUS Tak Boleh?

"Ia seperti merendahkan kadar tol. Mungkin ada flat rate. Mungkin beri 20 peratus diskaun ketika bukan waktu puncak misalnya. Dan mungkin tak akan naikkan dalam masa dua tiga tahun,” katanya lagi.

Namun, perkara itu masih dalam perbincangan dengan semua pihak berkepentingan, jelasnya.

* Gambar sekadar hiasan.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my