Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan
Auto Terkini

Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan

SyafieBy Syafie24/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ahmad Maslan - peruntukan baiki jalan berlubang.

SEBANYAK 54,055 aduan kerosakan jalan diterima menerusi aplikasi MYJalan bagi tempoh Ogos 2023 hingga Januari 2026.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah itu, 16,671 aduan (30.8 peratus) melibatkan Jalan Persekutuan, lebuh raya dan jalan negeri di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR). Selebihnya membabitkan jalan di bawah Kementerian atau agensi lain.

Lebih 15,000 Aduan Selesai

Logo aplikasi MyJalan

Berikut jumlah aduan yang masih dalam proses dan sudah selesai:

  • 1,511 aduan masih dalam siasatan
  • 15,160 aduan sudah selesai bagi jalan di bawah KKR

Walaupun bukan di bawah bidang kuasa KKR, aduan diterima tetap disalurkan kepada kementerian atau agensi berkaitan bagi tindakan lanjut.

KKR mengamalkan dasar ‘tiada pintu yang salah’, iaitu semua aduan diterima tanpa mengira kategori jalan,” katanya.

Pendekatan itu meliputi jalan bandar, kampung, pertanian, jalan di Sabah dan Sarawak serta jalan persendirian.

Penyelenggaraan Dilaksana Secara Rutin, Berkala

Mengulas pelan penyelenggaraan, Ahmad berkata KKR melaksanakan kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan secara rutin dan berkala. Antara kerja rutin adalah:

  • Penampalan lubang
  • Penyelenggaraan longkang
  • Penyelenggaraan bahu jalan
  • Pemotongan rumput
  • Kerja berkaitan keselamatan jalan

Pelaksanaan dibuat mengikut pusingan dalam perjanjian penswastaan syarikat konsesi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Bagi penyelenggaraan berkala pula, ia merangkumi kerja turapan dan bukan turapan, tertakluk kepada kelulusan peruntukan dari semasa ke semasa.

Saluran Aduan Rakyat Semakin Aktif

Jumlah aduan tinggi menunjukkan tahap kesedaran rakyat untuk melaporkan kerosakan jalan semakin meningkat.

MYJalan kini menjadi antara platform utama bagi menyalurkan aduan secara terus kepada pihak berkuasa, sekali gus mempercepat tindakan pembaikan demi keselamatan pengguna jalan raya.

SUMBER: AstroAwani

Ahmad Maslan Jalan Berlubang Kementerian Kerja Raya (KKR) MYJalan
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.