Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Leapmotor C10 – SUV EV China Bakal Jadi Pencabar Proton e.Mas 7?
Roda4

Leapmotor C10 – SUV EV China Bakal Jadi Pencabar Proton e.Mas 7?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


STELLANTIS Malaysia sedang melakukan persiapan pelancaran model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh Leapmotor C10 yang dijangka mengambil tempat pada pertengahan bulan depan.

Sehubungan itu, firma tersebut mengadakan sesi pratayang eksklusif dan tertutup untuk SUV jenama China berkenaan dekat Subang Jaya, Selangor. Di pasaran, Leapmotor C10 akan bersaing dengan Proton eMas 7 atau BYD Atto 3?

Tiada perincian mengenai SUV itu didedahkan. Berikut beberapa maklumat yang sempat diperoleh pada sesi berkenaan:

  • Model yang dipamerkan adalah versi pemanduan sebelah kanan (RHD).
  • Ada tiga warna pilihan dibawa ke sesi berkenaan: putih, hijau gelap dan kelabu.
  • Ada dua warna kabin: hitam dan coklat.
  • Didatangkan dalam konfigurasi 5-kerusi.
  • Pintu kenderaan boleh buka-tutup dengan menyentuh kad NFC pada cermin sisi.
  • Kad NFC sama digunakan untuk menghidupkan motor elektrik dengan meletakkan kad di konsol tengah (tempat pengecas wayarles).
  • Menggunakan unit motor elektrik pada gandar belakang, dan dalam sistem pacuan roda belakang (RWD).
  • Pek bateri ditempatkan dalam casis kenderaan, dan bateri menggunakan sistem penyejukan cecair.
  • Bampar depan dilengkapi penutup gril aktif di bahagian bawah nombor plat.
  • Ada lampu kabus depan dan belakang.

  • Ruang dalaman tampil minimalis tanpa butang pada konsol tengah.
  • Hampir semua fungsi kawalan perlu dibuat menerusi skrin unit infotainmen di tengah papan pemuka.
  • Stereng dilengkapi konsol kawalan jenis roda dan pad nipis yang perlu ditekan.
  • Ada sensor pada pilar-A untuk mengesan kondisi pemandu ketika memandu sama ada mengantuk atau tidak fokus.
  • Ada empat mod pandu: ECO, Comfort, Sport dan Custom.
  • Tempat duduk baris depan boleh laras menggunakan butang sebelah kerusi. Kerusi juga boleh laras menerusi skrin infotainmen.
  • Kerusi pemandu dan penumpang depan dilengkapi ciri pengudaraan dan pemanas.
  • Ada tiga mod istimewa: Guard Mode, Camp Mode dan Nap Mode.
  • Dilengkapi kamera 360º.
  • Material kerusi jenis sintetik, dipanggil Oeko Tex dengan ciri mesra bayi.
  • Bagaimanapun, jika kanak-kanak menggigit balutan kerusi dengan kuat, ia masih boleh meninggalkan kesan atau terkoyak.
  • Lampu ambien kabin boleh ditetapkan warna, ikut rentak muzik atau berubah perlahan-lahan.
  • Boleh menerima arahan suara, tetapi respons agak terbatas.
  • Tiada konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Bumbung suria panoramik.
  • Hendal pintu jenis flushed untuk meningkatkan kecekapan aerodinamik.
  • Corong penyaman udara disorok antara papan pemuka.
  • Kerusi depan dan belakang boleh direbahkan penuh.
  • Rim aloi 20 inci dengan tayar 245/45 jenama Dunlop e.SportMaxx
  • Hadir dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) dan teknologi keselamatan seperti:
    • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
    • Kawalan Tengah Lorong (LCC)
    • Bantuan Halaju Pintar (SSA)
    • Amaran Perubahan Halaju (SCW)
    • Amaran Pandu Laju (HSW)
    • Kawalan Halaju (Speed Control)
    • Amaran Rempuhan Depan (FCA)
    • Brek Automatik (AEB)
    • Amaran Keluar Lorong (LDW)
    • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
    • Mod Creep (gerak perlahan)
    • Brek Pegun (AHB)
    • Bantuan Turun Bukit (HDC)
    • Ada ciri V2L (vehicle-to-load)
Anjing Pandu SUV Kenderaan Elektrik (EV) Leapmotor Leapmotor C10 Roda4 Stellantis Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Roda4

    Bentley Torcal Didedah Sebagai SUV Elektrik Baharu, Debut 23 September Ini

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.