Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

SyafieBy Syafie01/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026

STELLANTIS Malaysia memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik  Leapmotor C10 PLUS versi dipertingkat bersama edisi terhad Leapmotor C10 PLUS Night Edition.

Kenderaan elektrik (EV) baharu itu menampilkan naik taraf trenkuasa yang menawarkan kecekapan pengecasan lebih tinggi, jarak pemanduan lebih jauh dan prestasi dipertingkat, pada harga bermula RM148,000.

Platform 800V, Jarak 510km

Leapmotor C10 PLUS kini menggunakan platform 800V dengan spesifikasi berikut:

  • Bateri lebih besar, 81.9kWj
  • Jarak pemanduan sehingga 510km (WLTP)
  • Output kuasa meningkat 299hp dan tork 360Nm, berbanding 215hp dan 320Nm (C10)
  • Pecutan 0 – 100kmj sepantas 6.2 saat
  • Kadar penggunaan tenaga 15.1Wj per km
  • Pengecasan pantas (DC) dinaik taraf kepada 180kW
  • Tempoh pengecasan 30 – 80 peratus sepantas 22 minit

Bahagian kabin mengekalkan rekabentuk moden dengan material mesra alam OEKO-TEX® Standard 100.

Pilihan warna Leapmotor C10 PLUS ialah Pearly White (putih), Canopy Grey (kelabu) dan Tundra Grey (kelabu) dengan tona dalaman hitam, manakala Glazed Green (hijau) dipadankan eksklusif dengan dalaman Camel Brown (coklat).

Night Edition Terhad 50 Unit

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026

Leapmotor C10 PLUS Night Edition dihadkan hanya 50 unit dengan menampilkan kemasan dua tona dan bumbung hitam, kit badan aerodinamik baharu serta rim 20 inci Trident berwarna hitam kusam.

Leapmotor C10 PLUS dijual pada harga RM148,000, manakala Night Edition dengan tambahan RM8,000.

Rebat Sehingga RM13,000

Pelanggan boleh menikmati rebat RM9,000 untuk kedua-dua model, selain subsidi insurans RM4,000 untuk pembeli terawal, menjadikan jumlah penjimatan sehingga RM13,000. Promosi sah sehingga 31 Mac 2026.

Kedua-dua model kini ditayangkan kepada umum di Sunway Pyramid (LG2, Orange Concourse) pada 27 Februari – 1 Mac 2026.

Leapmotor C10 PLUS hadir dengan waranti kenderaan enam [6] tahun atau 150,000km, dan waranti bateri [8] tahun atau 160,000km (mana satu tiba dulu).

Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kereta Elektrik (EV) Leapmotor C10 PLUS Leapmotor C10 PLUS Night Edition Roda4 Stellantis Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Range Rover GT – Model Paling Senyap, Rekaan Lebih Rendah

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Auto Terkini

    OMODA 9 SHS P 2026 untuk UK, Varian Baharu Black Noble Lebih Eksklusif

    23/07/2026
    Roda4

    Kia EV3 – SUV Elektrik Kompak Dengan Jarak Pemanduan Sehingga 603km

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.