Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kuala Lumpur Ambil Alih Acara Pelancaran MotoGP 2026 dari Singapura
Auto Terkini

Kuala Lumpur Ambil Alih Acara Pelancaran MotoGP 2026 dari Singapura

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam01/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Acara pelancaran MotoGP 2026 diubah dari Singapura ke Kuala Lumpur

PENGANJUR sukan permotoran berprestij, Dorna Sports mengesahkan acara pelancaran rasmi musim baharu MotoGP akan berlangsung di Malaysia pada Februari 2026, selepas lokasi asal di Singapura ditukar atas faktor logistik.

Awalnya, pasukan sudah dimaklumkan Singapura dipilih sebagai lokasi pelancaran susulan kejayaan format baharu yang diperkenalkan tahun ini di Bangkok. Malah, beberapa pasukan sudah mula menyusun perjalanan dari lokasi ujian pra-musim pertama di Sepang ke Singapura yang mengambil masa sekitar empat jam melalui jalan darat.

Dari Singapura ke Kuala Lumpur

Acara pelancaran MotoGP 2026 diubah dari Singapura ke Kuala Lumpur
Acara pelancaran MotoGP 2026 diubah dari Singapura ke Kuala Lumpur

Namun, masalah logistik dan operasi memaksa Dorna mengambil langkah lebih praktikal dengan memindahkan acara ke Kuala Lumpur, yang hanya kurang sejam dari Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (SIC).

Walaupun lokasi berubah, tarikh asal acara tidak berganjak. Ini memberi ruang yang cukup untuk pasukan berehat sehari selepas ujian sebelum menghadiri pelancaran rasmi.

  • 29 – 31 Januari 2026: Ujian shakedown (pelumba ujian dan rookie)
  • 3 – 5 Februari 2026: Ujian rasmi pra-musim
  • 6 – 7 Februari 2026: Gala pelancaran musim MotoGP di Kuala Lumpur

Sokongan IRTA, Tradisi di Kuala Lumpur

Logo IRTA
Logo MotoGP

Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) turut mengesahkan perubahan itu dengan menyatakan langkah tersebut akan memudahkan urusan semua pihak.

Tambahan pula, Kuala Lumpur sudah lama menjadi pilihan utama pasukan dan penaja untuk menganjurkan acara mengenai MotoGP. Contohnya, Yamaha pernah melancarkan projek baharu MotoGP di sebuah hotel mewah berlatar belakang Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Musim 2026 Makin Padat

Acara pelancaran MotoGP 2026 diubah dari Singapura ke Kuala Lumpur

Selepas acara pelancaran di KL, pasukan akan terus beralih ke Buriram, Thailand pada 21 – 22 Februari 2026 untuk ujian seterusnya. Hanya seminggu kemudian, tirai musim baharu MotoGP bakal dibuka di litar sama pada 1 Mac 2026.

Jadual padat itu dijangka menyukarkan pasukan melakukan sebarang modifikasi besar pada jentera sebelum perlumbaan pembukaan.

Acara pelancaran MotoGP 2026 diubah dari Singapura ke Kuala Lumpur
Acara pelancaran MotoGP 2026 diubah dari Singapura ke Kuala Lumpur
Acara pelancaran MotoGP 2026 diubah dari Singapura ke Kuala Lumpur
Acara pelancaran MotoGP 2026 diubah dari Singapura ke Kuala Lumpur
Acara pelancaran MotoGP 2026 diubah dari Singapura ke Kuala Lumpur
Acara pelancaran MotoGP 2026 diubah dari Singapura ke Kuala Lumpur
Acara pelancaran MotoGP 2026 diubah dari Singapura ke Kuala Lumpur
Acara pelancaran MotoGP 2026 diubah dari Singapura ke Kuala Lumpur
Acara pelancaran MotoGP 2026 diubah dari Singapura ke Kuala Lumpur

SUMBER: Motorsport.com

Auto Terkini Dorna Sports Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS MotoGP MotoGP 2026
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 โ€“ 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.