Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTMB Tawar Diskaun Tiket ETS 50 Peratus Sepanjang Julai ini
Auto Terkini

KTMB Tawar Diskaun Tiket ETS 50 Peratus Sepanjang Julai ini

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize10/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun 50 peratus bagi pembelian tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) sepanjang bulan ini sebagai tanda penghargaan kepada penumpang perkhidmatan itu.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan promosi itu terbuka khas kepada warganegara Malaysia yang bertujuan memberi peluang penjimatan kepada orang awam dan merancakkan industri pelancongan dalam negara.

KTMB berkata;

Tawaran istimewa tersebut boleh digunakan bagi semua laluan ETS dari Padang Besar hingga Gemas pada setiap Selasa, Rabu dan Khamis.

“Pengguna boleh membuat pilihan pembelian perjalanan sama ada sehala atau dua hala untuk ke mana-mana destinasi ETS.”

Pemberian diskaun melibatkan tarikh tertentu khusus bagi tiket kategori dewasa dengan menggunakan kod promo mengikut tarikh, iaitu pada 11 Julai (kod promo: TRAVELLOKALJULY11), 12 Julai (TRAVELLOKALJULY12), 13 Julai (TRAVELLOKALJULY13), dan 18 Julai (TRAVELLOKALJULY18).

Bagi tarikh 19 Julai (kod promo: TRAVELLOKALJULY19), 20 Julai (TRAVELLOKALJULY20), 25 Julai (TRAVELLOKALJULY25), 26 Julai (TRAVELLOKALJULY26) dan 27 Julai (TRAVELLOKALJULY27).

Sementara itu, bagi warga emas, KTMB turut menawarkan diskaun tambahan RM5 daripada jumlah tambang perjalanan bagi semua perkhidmatan ETS, termasuk kelas perniagaan.

Menurut KTMB, promosi tersebut bermula sejak 1 Julai lalu dan boleh digunakan hingga Disember ini.

Ketika ini, KTMB turut menawarkan potongan harga tiket sebanyak 50 peratus daripada harga asal kepada semua golongan warga emas warganegara Malaysia yang membuat pendaftaran melalui aplikasi KTMB mobile bagi semua perjalanan menggunakan perkhidmatan KTMB,” kata KTMB.

Warga emas yang mendaftar konsesi perlu menggunakan kod promo PRIHATINEMAS ketika membeli tiket bagi menikmati tawaran istimewa berkenaan yang boleh digunakan bagi semua laluan ETS dari Padang Besar sehingga Gemas pada setiap Selasa hingga Khamis.

Kod promo boleh dimasukkan di semua medium pembelian tiket di kaunter tiket, kios, laman web KTMB dan aplikasi KITS ketika membuat pembelian, tertakluk terma dan syarat ditetapkan .

Maklumat lanjut boleh layari laman web www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200

BACA >>> KTMB Buka Jualan Awal Tiket ETS, KTM Intercity untuk Perjalanan Julai-Disember 2023
BACA >>> Kereta Api KTMB dengan 398 Penumpang dari Kelantan ke Johor Terbakar

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Diskaun ETS Julai 2023 diskaun tiket ETS Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.