Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTMB Perkenal Kios Layan Diri Tanpa Tunai untuk Beli Tiket Tren Utara
Auto Terkini

KTMB Perkenal Kios Layan Diri Tanpa Tunai untuk Beli Tiket Tren Utara

Han OthmanBy Han Othman20/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS memperkenalkan sistem pembelian tiket atas talian, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menambah baik sistem jualan tiket dengan memperkenalkan kios tiket layan diri tanpa tunai bagi perkhidmatan tren yang dimulakan untuk pengguna di kawasan Utara.

Ketua Komunikasi Strategik KTMB Ahmad ‘Asri Khalbi berkata, orang ramai kini boleh membeli tiket tanpa transaksi tunai melalui mesin baharu yang diperkenalkan untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS), KTM Antarabandar dan KTM Komuter di wilayah utara, bermula Khamis lalu (15 Okt).

BACA >>> KTMB Perkenal Helmet Pengimbas Suhu untuk Periksa Penumpang Bergejala

Menurutnya, keistimewaan kios tiket baharu itu, yang menggunakan Sistem Tiket Bersepadu KTMB (KITS), akan memudahkan pengguna membeli tiket dengan membuat bayaran menggunakan kad kredit, debit dan sebagainya.

“Kaedah baharu itu adalah tambahan kepada sistem pembelian tiket KITS sebelum ini iaitu pembelian melalui kaunter, secara atas talian dan menggunakan aplikasi KTMB Mobile,” katanya kepada Bernama.

Ahmad ‘Asri berkata, semua tambang konsesi juga boleh dibeli melalui kios tiket layan diri berbanding sebelum ini yang memerlukan urusan di kaunter. Pelanggan kini hanya perlu mendaftar melalui aplikasi KITS atau di laman web KTMB bagi menikmati diskaun tambang ditawarkan.

BACA >>> Filipina Hasilkan Tren Elektrik Hibrid Pertama untuk Pengangkutan Awam Tempatan

UNTUK TREN UTARA SAHAJA

Bagaimanapun setakat ini, pembelian tiket komuter di mesin baharu itu hanya boleh digunakan untuk perkhidmatan tren di wilayah utara iaitu dari stesen Padang Rengas, Perak hingga ke Butterworth, Pulau Pinang dan Padang Besar, Perlis.

Sementara itu, kios tiket perkhidmatan komuter di Lembah Klang masih menggunakan mesin jualan tiket layan diri berasaskan sistem token dan tunai.

Hanya lapan perkhidmatan ETS akan beroperasi setiap hari bermula 14-27 Oktober ini, berbanding 32 sebelum ini, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Perkhidmatan itu melibatkan perjalanan antara Stesen Gemas, KL Sentral, Ipoh, Butterworth dan Padang Besar.

BACA >>> Motosikal KTM Kini Boleh Ditala Sendiri Guna Telefon Pintar

SUMBER: Bernama

Ahmad 'Asri Khalbi Auto Terkini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kios Tiket Kios Tiket Layan Diri Tanpa Tunai Kios Tiket Tanpa Tunai KTMB
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.