Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTM Malaysia Adventure Day: Cabaran Layan Off-Road yang Menyeronokkan!
Auto Terkini

KTM Malaysia Adventure Day: Cabaran Layan Off-Road yang Menyeronokkan!

WahidBy Wahid24/01/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JENTERA advencer (adventure) memang dihasilkan untuk tunggangan atas jalan raya berturap atau off-road. Ia adalah gabungan antara model naked dan enduro. Namun, ramai pemilik advencer tidak sempat merasai potensi motosikal mereka, terutama dalam kondisi off-road.

KTM Malaysia mengambil inisiatif mengelolakan hari khas dinamakan KTM Adventure Day pada 14-16 Januari lalu. Tidak seperti Adventure Day lalu anjuran beberapa pengedar KTM, acara kali ini dikelolakan secara langsung KTM Malaysia.

BACA >>> KTM Malaysia Lancar 250 Adventure dan 390 Adventure, Harga RM21.5k, RM30.8k

Jumaat, 14 Januari 2022

Semua peserta berkumpul di resort Huda’s Haven di Hulu Rening pada Jumaat. Disebabkan ini acara advencer dan bukan off-road semata-mata, ada sebuah jentera enduro yang hadir berbanding jentera KTM lain seperti 250 Adventure dan 390 Adventure yang baru saja dilancarkan, 790 Adventure dan 790 Adventure R, 1050 Adventure, 1190 Adventure, serta 1290 Super Adventure S. Ada juga beberapa model advencer daripada jenama selain KTM.

KTM Malaysia memberikan taklimat mengenai jalan yang akan tempuhi pada keesokan hari. Jarak 100km dengan 70 peratus jalan off-road dan 30 peratus atas jalan berturap. Jalan dilalui termasuk laluan dilitupi batu granit putih dan merah, tanah liat, batu kapur, dan lopak lumpur serta beberapa kawasan berpasir halus.

Ada laluan agak lebar dan ada juga yang hanya muat satu motosikal pada satu-satu masa. Ada laluan mendaki cerun bukit, dan ada pula perlu menunggang turun curam. Beberapa laluan mencabar boleh dikategorikan sebagai advanced.

Selepas namapk laluan mencabar itu, saya terus memilih menunggang model KTM 250 Adventure. Tiada masalah sebenarnya kalau diberikan 390 Adventure, tetapi saya memilih jentera lebih jinak kerana sudah terlalu lama tidak menunggang off-road secara serius sejak Rimba Raid di Mat Daling pada 2018.

Penunggang jelajah terkenal, Eirwan Ahmad turut berkongsikan tip menunggang dan berkhemah.

Cuaca malam itu semakin dingin dan kami berdoa supaya tidak hujan keesokan hari. Ini kerana laluan becak bakal menyukarkan perjalanan dan melambatkan aturcara.

Sabtu, 15 Januari 2021

Kami berkumpul dan bertolak dari Huda’s Haven jam 9 pagi. Ada sebatang sungai kecil di depan resort untuk kami redah seorang demi seorang.

Nasib kami sungguh baik kerana semalam tidak hujan, dan laluan kering  membolehkan kami menunggang sedikit lebih laju serta tiada masalah buat semua peserta.

Kami akhirnya tiba di satu laluan sempit yang dibarisi hutan tebal. Ranting dan daun pokok langsung ‘menyebat’ muka kami. Di hujung laluan pula ada cerun curam yang memerlukan pusingan 90º ke kiri untuk mendaki. Beberapa penunggang terkandas di kaki bukit kerana terpaksa memanjat bonggol terdahulu sebelum mula mendaki. Selain itu, ada juga lurah hujan dalam.

Marsyal yang hadir menolong peserta terkandas menegakkan motosikal mereka kembali atau membawa motosikal ke atas bukit.

Laluan seterusnya agak mudah dan kami mula menyusuri tepi tasik. Banyak bahagian tidak memerlukan kami memijak peg kaki dan boleh duduk selesa atas pelana. Kelihatan beberapa orang awam memancing ikan di sini. Laluan masih agak mudah kerana cuma ada kerikil kecil.

Kami akhirnya sampai di satu bandar kecil dan berhenti seketika untuk melegakan tekak dan berborak satu sama lain. Boleh dikatakan semua penunggang teruja dengan laluan tadi kerana tidak terlalu mudah, dan tidak terlalu susah.

Konvoi kemudian berarak ke satu lagi laluan off-road sekitar Batang Kali yang akan membawa kami ke Bukit Beruntung. Laluan ini lebih mencabar, iaitu tanah liat merah kering. Ia lebih tinggi di bahagian tengah dengan bahagian sisi tenggelam. Selain itu, ada batu granit putih agak besar dan tajam.

Tidak lama kemudian, kami berhenti sekejap kerana ada motosikal (bukan KTM) yang rosak. Ketika itulah muncul sebuah treler balak besar. Disebabkan tidak selamat utnuk memintas treler itu, saya dan marsyal terakhir terpisah daripada konvoi utama.

Ketika barulah rasa sangat bersyukur kerana memilih 250 Adventure yang cukup senang ditunggang walaupun meredah lopak lumpur dalam atau pasir halus. Ini kesimpulan yang saya dapat:

  • Pelana rendah membolehkan saya menurunkan kaki dengan pantas pada masa mencemaskan.
  • Lopak dan lubang dalam dapat diredah selamba tanpa perlu risau kerana sistem suspensi dan rim besi tuang memang diyakini mampu menahan hentakan kuat!
  • Mod tungganga sudah diprogramkan mengikut model 2022. Mod OFFROAD kekal dan tidak ditukar kepada mod ROAD apabil enjin dimatikan. Mod OFFROAD ini mengekalkan fungsi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk roda depan, dan dimatikan untuk roda belakang supaya tidak terkunci untuk mencengkam permukaan jalan.
  • Roda belakang boleh dipusingkan berterusan tanpa unit kawalan elektronik (ECU) menghentikan hantaran kuasa enjin. Fungsi ini cukup berguna dalam situasi tayar belakang dipusingkan untuk memberikan tujahan berterusan ketika melalui permukaan jalan kurang baik.

Selepas treler balak membelok masuk simpang, kami berdua mula melenjan motosikal kami dan Amir sebagai marsyal di depan mula melompatkan 390 Adventure ditunggangnya atas bonggol dengan gaya motocross!

Kami tiba di Restoran Funny Boy di Bukit Beruntung untuk makan tengah hari. Selesai makan, kami mula menunggang menghala ke kawasan Kerling pula. Malangnya tangan kanan saya mengalami masalah ‘arm pump’ dan terpaksa menarik diri dengan menunggang atas jalan berturap untuk bermalam di Colmar Bukit Tinggi.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Kecederaan ‘Arm Pump’ dalam MotoGP yang Perlu Anda Tahu

Rupanya laluan itu sangat sukar dilalui kerana sudah berubah dalam masa beberapa minggu selepas ditinjau marsyal. Ada juga pokok tumbang menghalang laluan, dan ada juga kawasan berlumpur dalam. Sampai di Bukit Tinggi, ramai peserta meluahkan perasaan lemau.

Tidak lupa juga semangat tolong-menolong ditunjukkan sesama peserta. Mereka yang lebih berpengalaman tidak pernah lokek menyumbangkan tenaga membantu peserta lain yang terkandas, tanpa mengira bangsa, agama dan jantina. Selain memberikan sokongan moral, tidak lupa juga berkongsikan tunjuk ajar tentang cara betul melepasi sesuatu cabaran sukar. Syabas kepada semua!

Apapun, selepas berehat semalaman, masing-masing mengakui laluan sukar itu adalah pengalaman cukup baik buat diri sendiri.

Tiada peserta mengalami kecederaan teruk, cuma sekadar calar-balar. Tambahan lagi, tiada motosikal rosak teruk. Selain itu, tiada model 250 Adventure atau 390 Adventure yang rosak, sekali gus mengetepikan dakwaan mengatakan rim tuang tidak sesuai ‘main’ off-road.

PENUTUP

Inilah keseronokan sebenar menunggang off-road. Keadaan sukar cuma sekejap saja, dan anda pasti rasa seperti ‘Superman’ selepas dapat mengatasi segala cabaran tersebut. Selain itu, cabaran offiroad juga tidak memerlukan belanja besar dan kelajuan tinggi seperti di trek lumba dengan fiil  adrenalin yang lebih kurang sama.

Perkataan advencer (adventure) sebenarnya membawa maksud ‘pengalaman mengujakan yang luar biasa’. Acara KTM Adventure Day sememangnya memberikan pengalaman dan  keseronokan luar biasa.

Auto Terkini Huda’s Haven KTM KTM Malaysia Adventure Day roda2
Wahid

Artikel Berkaitan

Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.