• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM Malaysia Lancar 250 Adventure dan 390 Adventure, Harga RM21.5k, RM30.8k

KTM Malaysia Lancar 250 Adventure dan 390 Adventure, Harga RM21.5k, RM30.8k

December 24, 2020 By AI Leave a Comment

871
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BIAR lambat asalkan sampai. KTM Malaysia akhirnya melancarkan 250 Adventure dan 390 Adventure ke pasaran tempatan sejak khabar mengenai kehadiran model advencer itu menular kira-kira setahun lalu.

Debut 250 Adventure dan 390 Adventure itu kini menjadi pilihan tambahan kepada peminat motosikal dual-sport dan mereka yang mahu menaik taraf lesen B penuh dalam segmen touring.

Kedua-dua model menampilkan rekabentuk gaya 790 Adventure dengan pelana dilunjur panjang ke depan, dimensi tangki minyak lebih kecil dan penutup sisi ala anak panah.

1. KTM 250 ADVENTURE

KTM 250 Adventure dijual pada harga RM21,500 yang bukan saja menawarkan berat badan lebih ringan, tetapi memberikan tunggangan off road mantap. Model advencer itu dijana enjin silinder tunggal 248.8cc DOHC berkuasa 30hp dan tork 24Nm.

Trenkuasa kompak itu menawarkan dimensi enjin padat yang membolehkan penempatan terotel badan secara optimum untuk meningkatkan aliran udara lebih lurus ke ruang pembakaran. Lekukan radiator baharu pula dipadankan dua kipas penyejukan.

KTM 250 Adventure juga ditawarkan dengan klac antigelinci PASC (Power and Assist Slipper Clutch) dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) off-road. Jentera dwi-guna itu juga dilengkapi gad enjin untuk tunggangan off-road lebih meyakinkan selain melindungin enjin daripada hentakan akibat terjatuh.

Frem baharu daripada KTM 450 Rally dipadankan bar hendal keluli lebih tirus dan tahan pudar walaupun selepas tercalar. Bentuk tangki minyak polimer berkapasiti 14.5 liter menawarkan pergerakan dan dakapan peha lebih baik.

Kecekapan membrek diserahkan kepada brek cakera tunggal 320mm dengan kaliper brek 4-piston di depan. Berat jentera 156kg , manakala sistem suspensi dipasangkan fork WP APEX 43 dengan travel 173mm travel) di depan dan monoshock WP APEX dengan travel 177mm di belakang.

KTM 250 Adventure (2021)_3
KTM 250 Adventure (2021)_4
KTM 250 Adventure (2021)_6
KTM 250 Adventure (2021)_2
KTM 250 Adventure (2021)_5
KTM 250 Adventure (2021)_1
KTM 250 Adventure (2021)_7

2. KTM 390 ADVENTURE

KTM 390 Adventure dijual pada harga RM30,800 yang menawarkan ekstra tork dan kuasa dengan tambahan berat 2kg berbanding 250 Adventure.  390 Adventure dijana enjin 373cc DOHC berkuasa 43hp dan tork 37Nm. Sama seperti 250 Adventure, 390 juga didatangkan dengan lekukan radiator baharu dan dua kipas penyejukan.

Maklumat pada kluster instrumen TFT boleh dikendalikan menggunakan punat pada bar hendal. Ciri elektronik lain terdiri daripada Kawalan Traksi Motosikal (MTC), mod tunggangan, ABS off-road dan ABS Selekoh, manakala pilihan tambahan ialah platform konektiviti telefon pintar, KTM My Ride.

Kecekapan membrek diserahkan kepada brek cakera tunggal 320mm dengan kaliper brek 4-piston di depan. Jentera seberat 158kg itu dipadankan fork WP APEX 43 dengan travel 173mm berserta ciri boleh laras mampatan dan lantunan (depan), dan monoshock WP APEX dengan travel 177mm berserta ciri boleh laras prabeban dan lantunan (belakang).

BACA >>> #Spyshot: KTM 250 Duke (2020) dengan Lampu Utama LED Dikesan di India
BACA >>> #TahukahAnda: Segala Tentang Mounting Enjin yang Perlu Anda Tahu

KTM 390 Adventure (2021)_3
KTM 390 Adventure (2021)_7
KTM 390 Adventure (2021)_8
KTM 390 Adventure (2021)_1
KTM 390 Adventure (2021)_9
KTM 390 Adventure (2021)_6
KTM 390 Adventure (2021)_5
KTM 390 Adventure (2021)_2
KTM 390 Adventure (2021)_4
871
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: adventure touring, autoterkini, KTM, KTM 250 Adventure (2021), KTM 390 Adventure (2020), KTM Malaysia CKD, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
  • #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
    #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my