Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTM Berminat Mahu Beli Ducati daripada Volkswagen?
Auto Terkini

KTM Berminat Mahu Beli Ducati daripada Volkswagen?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI kini di awangan selepas Volkswagen AG bermain tarik talik mengenai masa depan pengeluar motosikal dari Itali itu. Cubaan terbaharu Volkswagen mahu menjual Ducati bukan hanya di kalangan ahli lembaga, tetapi ada alasan baharu untuk memulakan rundingan pemilikan Ducati apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTM, Stefan Pierer menyatakan minat untuk memiliki jenama legenda tersebut.

Bercakap kepada penerbitan Speedweek edisi Jerman, Pierer menyuarakan minatnay untuk mengambil alih Ducati dan turut melontarkan beberapa idea mengenai menyesuaikan Ducati dalam strategi keseluruhan KTM.

BACA >>> Harley-Davidson Berminat Mahu Beli Ducati? Dari Jerman ke Amerika

Bual bicara itu bermula dengan keinginan Pierer mahu menjadikan KTM sebagai jenama motosikal ketiga terbesar dunia menjelang 2020, di belakang Honda dan Yamaha. Apa dimaksudkan itu mungkin sebagai pengeluar ketiga terbesar dalam kategori motosikal sesaran besar.

Dengan jualan motosikal lebih 265,000 unit setiap tahun, KTM ialah antara beberapa jenama yang dapat mengekalkan pertumbuhan dalam keadaan kemelesetan ekonomi. Sebagai contoh di pasaran Amerika Syarikat (AS), KTM ialah satu-satunya jenama yang menunjukkan pertumbuhan jualan dengan margin 30 peratus.

Kejayaan itu tidak melibatkan jenama Husqvarna, yang juga menunjukkan peningkatan sejak berada di bawah Pierer dan KTM. Jadi, apakah maksud semua itu buat Ducati? Sudah pasti KTM akan menjadi rumah buat Ducati yang memahami tentang perniagaan motosikal selain mempunyai pemilik yang tidak menganggap Ducati sebagai instrumen kewangan semata-mata.

Pierer dalam satu kenyataan berkata;

Saya sedar industri automotif kerap menjadi ikutan untuk industri motosikal. Apabila Volkswagen Group dan jenama di bawahnya membangunkan strategi platform, saya lihat ini sebagai ‘role model’.

Hari ini, enjin dan casis yang dibangunkan ialah identik buat kedua-dua jenama (KTM dan Husqvarna), tetapi apabila serumah, kami bukan bekerja menentang sesama sendiri. Sekarang kami dapat menawarkan dua jenama di bawah satu bumbung yang meningkatkan kekerapan pelanggan.”

BACA >>> Hafizh, Oliveira Uji KTM RC16 dengan Seragam Hitam-Putih di Sepanyol

Adakah enjin Desmodromik akan digunakan KTM, dan enjin V-Twin dipasangkan pada Ducati? Sukar melihat bagaimana KTM, Husqvarna, dan Ducati dapat berkongsi platform tanpa kehilangan identiti individu masing-masing. Perbezaan antara KTM dan Ducati terlalu besar kerana kedua-dua pengeluar memiliki warisan perlumbaan tersendiri sebagai pemacu jenama.

“Ducati ialah Ferrari dalam industri motosikal,” kata Pierer kepada Speedweek. “Sudah tentu, memiliki jenama seperti itu dalam kumpulan kami membuatkan ia menarik. Ia bukan soal harga, tetapi tentang topik.”


Situasi dijelaskan Pierer itu ialah tentang perubahan trend global dan cabaran yang semakin meningkat dihadapi OEM automotif berhubung isu emisi dan standard bunyi ekzos. Pierer juga merujuk kepada hala tuju baharu industri motosikal yang tidak lagi memihak kepada pasaran Barat, sebaliknya beralih kepada peningkatan jualan di India, China, dan Asia Tenggara.

BACA >>> Jualan Ducati Menurun 7.4 Peratus Seluruh Dunia Setakat Ini

Persoalannya, bagaimanakah jenama seperti Ducati menghadapi realiti baharu ini? Bagi Pierer, bagaimanakah beliau aan menguruskan KTM dan Husqvarna dalam berdepan dunia baharu motosikal? Apakah pula jawapan konglomerat pengeluar motosikal besar dan ternama? Hanya masa akan menentukan. Sehingga itu, kami yakin ada beberapa perbualan menarik yang berlaku di bilik ahli lembaga Volkswagen sekarang.

SUMBER: AsphaltAndRubber

Ducati KTM KTM Beli Ducati roda2 Stefan Pierer
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

    11/06/2026
    Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
    Auto Terkini

    Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

    10/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.