Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Harley-Davidson Berminat Mahu Beli Ducati? Dari Jerman ke Amerika
Roda2

Harley-Davidson Berminat Mahu Beli Ducati? Dari Jerman ke Amerika

Han OthmanBy Han Othman18/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda pengeluar motosikal berprestij dari Itali, Ducati ialah milik penuh pengeluar supercar dari Jerman, Lamborghini sejak 2012. Lamborghini pula ialah subsidiari atau anak syarikat kepada Audi, manakala Audi itu pula bernaung di bawah syarikat induk, Volkswagen AG. Secara kasarnya, Ducati –> Lamborghini –> Audi –> Volkswagen AG.

Tetapi apakah itu bermakna Ducati dilihat peminatnya sebagai jenama dari Jerman? Malah, kalau ditanya pemilik Ducati sendiri pun belum tentu mereka tahu bahawa syarikat itu sudah jadi milikan asing.

Tetapi, bukanlah hal siapa milik siapa yang mahu dibincangkan. Sumber Reuters baru-baru ini mendakwa syarikat motosikal ikonik dari Amerika Syarikat (AS), Harley-Davidson dilaporkan menjadi salah satu pembida yang berminat memiliki Ducati.

BACA >>> Harley-Davidson Rancang Buka Kilang di Thailand untuk Penuhi Pasaran Luar Negara

Audi menerusi Lamborghini dikatakan membayar kira-kira AS$1 bilion (RM4.29 bilion) untuk membeli saham Ducati pada 2012 yang kemudian mencatatkan rekod jualan setiap tahun.

PASARAN BERUBAH

Harley-Davidson dan Ducati ialah nama besar dalam industri motosikal, tetapi kedua-dua jenama itu menawarkan segmen berbeza dengan mengumpul kelompok fanatik tersendiri. Namun, industri mula berubah apabila Ducati mula memasuki pasaran cruiser dan retro menerusi model XDiavel dan Scrambler, manakala Harley-Davidson pula memperkenalkan motosikal versi mampu milik di bawah famili Street.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak mengenai laporan sumber Reuters itu.

BACA >>> Interviu Khas: Michiel Huisman – Aktor Siri Mini Discovery, ‘Harley and The Davidsons’

Harley-Davidson kini baru saja meluaskan fasiliti pemasangan jenama itu di luar AS dengan membuka kilang di Brazil dan India. Jika pengambilalihan benar-benar berlaku, Harley-Davidson bakal menambah sebuah lagi kilang pemasangan baru, kali ini di Itali.

Harley-Davidson pada 2003 pernah memiliki jenama motosikal Buell, juga buatan AS yang diasaskan bekas jurutera Harley sendiri. Namun, pengeluaran produk jenama itu dihentikan pada 2009 bagi menumpukan kepada model-model Harley.

SUMBER: Fox News

Auto Terkini Ducati Harley-Davidson Harley-Davidson beli Ducati? roda2
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

11/06/2026
Auto Terkini

BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

11/06/2026
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Auto Terkini

Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

10/06/2026
Auto Terkini

Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

10/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.