Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Harley-Davidson Rancang Buka Kilang di Thailand untuk Penuhi Pasaran Luar Negara
Roda2

Harley-Davidson Rancang Buka Kilang di Thailand untuk Penuhi Pasaran Luar Negara

Han OthmanBy Han Othman28/05/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR motosikal terkemuka, Harley-Davidson bakal membuka kilang baharu di Thailand dalam usaha memenuhi tuntutan pasaran luar negara, lapor akhbar Amerika Syarikat (AS), New York Times, selasa lalu. Pengeluaran dijadualkan bermula penghujung tahun hadapan – 2018.

Kilang tersebut, dikenali ‘fasiliti pasang siap lengkap’, akan berfungsi sebagai pusat pemasangan komponen dan alat ganti motosikal Harley-Davidson yang dibawa dari kilang-kilang atau pembekal di AS. Pada masa sama, Harley-Davidson turut memberi jaminan bahawa pembukaan kilang baharu itu sama sekali tidak akan menjejaskan kilang-kilang sedia ada di AS. Sebaliknya, bertujuan menyokong kehendak jualan pasaran di China dan Asia Tenggara.

BACA >>> Interviu Khas: Michiel Huisman – Aktor Siri Mini Discovery, ‘Harley and The Davidsons’

MAHU LEBAR PASARAN

Harley-Davidson kebelakangan ini pernah menyuarakan hasrat untuk melebarkan pasaran barisan motosikalnya ke peringkat antarabangsa bagi memenuhi sekurang-kurangnya separuh jualan tahunan. Jsuteru pengeluar itu berharap dapat mengajak lebih ramai penduduk dunia menunggang motosikal jenama itu, sambil menyatakan jualan pasaran domestik di AS kini sudah mengecil.

Menurut Harley-Davidson lagi, pasaran Asia Pasifik ialah pasaran yang sedang berkembang berikutan pertambahan golongan kelas menengah, perkembangan ekonomi, trend perbelanjaan pelanggan positif dan peningkatan tuntutan pasaran bagi jualan motosikal besar.

Pada masa kini, motosikal lengkap diimport terus dari AS untuk pasaran Eropah dan Asia. Bagaimanapun, sesetengah pasaran negara tertentu mengenakan tarif cukai tinggi yang menghalang lebih ramai pembelian pelanggan berpotensi. Thailand, misalnya, mengenakan cukai 60 peratus ke atas motosikal import, tetapi dikecualikan untuk model-model yang dipasang dalam negara itu.

Menurut kenyataan rasmi Harley-Davidson;

Dengan membina kilang pemasangan, kami akan lebih dekat dengan pelanggan, dan boleh jadi lebih responsif dan kompetitif dalam rantau penting ini yang membenarkan semua syarikat berkembang.”

“Kami tiada hasrat untuk mengurangkan pembuatan di AS berikutan peluasan ini. Kilang pembuatan AS akan terus jadi pembekal untuk pasaran AS dan beberapa pasaran global tertentu lain.”

Setakat ini, ada lima kilang Harley-Davidson seluruh dunia, tiga daripadanya terletak di AS, bertempat di Wisconsin, Missouri dan Pennsylvania, manakala dua lagi di luar negara sebagai kilang pemasangan, yakni di India dan Brazil. India ialah kilang paling akhir dibuka Harley-Davidson, iaitu pada 2011. Sebagai makluman, India mengenakan levi cukai sehingga 100 peratus ke atas semua motosikal import dan pembukaan kilang tersebut dapat mengelak cukai itu, sekali gus merendahkan harga pasaran.

BACA >>> Harley-Davidson X8E (1912) Steve McQueen Dilelong, Dianggarkan Lebih RM500k

BANTAHAN KESATUAN SEKERJA


Sementara itu, kesatuan sekerja, United Steelworkers yang mewakili tenaga kerja di kilang Wisconsin dan Missouri plants menggesa Harley-Davidson supaya membatalkan hasrat membuka kilang di Thailand. Menurut kenyataan Unites Steelworkers;

Keputusan ini meletakkan bahaya ke atas salah-satu daripada sedikit jenama tulen AS.

”Harley-Davidson sudah jadi permata mahkota bagi pembuatan rakyat Amerika. Ia ialah jenama ikonik yang mewakili semangat Amerika. Keputusan pengurusan untuk pengeluaran seberang laut adalah tamparan pada muka pekerja Amerika dan ribuan penunggang Harley seluruh negara.”

Seandainya pembukaan kilang itu menjadi kenyataan, Harley-Davidson sebenarnya bukan jenama motosikal ikonik pertama yang membuka fasiliti di Thailand. Sebelum itu, Triumph terlebih dahulu membuka kedai di Negara Gajah Putih tersebut beberapa tahun lalu dengan sebahagian besar motosikal dibuat di negara berkenaan.

Apakah Malaysia turut mendapat manfaat daripada pembukaan kilang negara jiran itu? Mungkinkah kita juga bakal ada kilang pemasangan Harley-Davidson di negara ini dan akhirnya berpeluang membeli motosikal ikonik itu pada harga lebih mampu milik?

MODEL-MODEL MENARIK HARLEY-DAVIDSON 2017
Milwaukee
Iron 833
V Rod Night Rod Special
Fat Boy
Low Rider FXDL

SUMBER: RideApart

Auto Terkini Harley-Davidson Harley-Davidson bukan kilang di Thailand kilang motosikal motosikal roda2
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

11/06/2026
Auto Terkini

BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

11/06/2026
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Auto Terkini

Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

10/06/2026
Auto Terkini

Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

10/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.