• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Ducati Menurun 7.4 Peratus Seluruh Dunia Setakat Ini

Jualan Ducati Menurun 7.4 Peratus Seluruh Dunia Setakat Ini

August 9, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


JUALAN global Ducati Motor Holdings menurun untuk model tahun 2018 dengan jumlah terjual 32,250 unit, berkurangan 7.4 peratus berbanding tahun lalu sepanjang tempoh sama.

Ducati mencatatkan penurunan 8.9 peratus, iaitu 20,319 unit setakat suku kedua (Q2) tahun ini berbanding 22,300 unit (Q2 2017). Dari segi segmen motosikal, semua merosot kecuali kategori Sport (model SuperSport dan Superbike) dengan peningkatan 29 peratus (7,683 unit) dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini.

BACA >>> 5 Ciri Istimewa Ducati Multistrada 1260 (2018) yang Lain daripada Lain

Peningkatan itu banyak disumbangkan pengenalan Ducati Panigale V4 baru (foto bawah) walaupun jenama Itali tersebut meletakkan Multistrada 1260 sebagai model utama jenama tersebut.

2018-ducati-panigale-v4-s-6
2018-ducati-panigale-v4-s-8
2018-ducati-panigale-v4-s-5

Dari segi pasaran, banyak pasaran utama Ducati menurun (tidak dimaklumkan segmen). Sebaliknya, pasaran di Itali meningkat ketika negara asal pengeluar itu sedang dalam fasa pemulihan pasaran motosikal secara menyeluruh.

BACA >>> 12 Fakta Pantas | Ducati Panigale V4 (2018) dengan Teknologi Trek Termaju

Nampaknya 2018 akan jadi penghujung kepada peningkatan jualan lapan tahun Ducati, walaupun 2017 nyaris tidak melihat jenama Itali berkembang. Ketika jenama Eropah lain turut merasai kesan kemerosotan jualan seluruh dunia, Ducati sebenarnya tidak bersendirian ketika melihat penurunan rekod jualan.

Kami menjangka trend sama juga bakal menimpa BMW dan Triumph. Namun, KTM diramalkan mencatatkan angka jualan positif berikutan sambutan pengguna terhadap produk jenama itu. Apapun, kita perlu tunggu 6 bulan lagi untuk melihat keputusan akhir.

SUMBER: AsphaltAndRubber

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Ducati, Ducati Multistrada 1260, Ducati Panigale V4, jualan, jualan eropah, motosikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my